The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
SOCCER SCHOOLS
Shop
Team Card
EN
MY
The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
SHOP
TRACK ORDER
LOGIN
SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES
LAPORAN PERLAWANAN: Perlawanan di Jengka bakal jadi penentu
Oct 10, 2019 - FAS
Hasrat Selangor untuk layak ke peringkat suku akhir terbantut apabila diikat Melaka United 1-1 di Stadium Shah Alam dalam perlawanan ke-5 Piala Malaysia sebentar tadi.
Keputusan ini sekaligus menyaksikan perlawanan terakhir Kumpulan D diantara Selangor dan Felda di Stadium Jengka bakal jadi penentu pasukan mana yang layak ke suku akhir.
Ketua jurulatih Selangor, B. Satiananthan menyatakan keputusan Selangor sudah bermain dengan baik di separuh masa pertama namun gagal mengunakan peluang yang ada di separuh masa kedua.
"Kita ada peluang tapi tidak mengambil peluang dan memang rugi tidak menang malam ini. Tetapi kita ada peluang lagi di Felda nanti", ujar Satiananthan.
Perlawanan bermula dengan kedua-dua pasukan melancarkan serangan bertali arus namun tempo permainan Selangor lebih agresif untuk menyerang berbanding pasukan Melaka.
Melaka yang mempunyai beberapa peluang untuk membuka jaringan bermain dengan rentak yang sedikit perlahan dan sering melambatkan permainan.
Ternyata taktik itu memakan diri apabila pemain pertahanan mereka, Shukor Adan melakukan kesilapan dan peluang pantas di ambil Ifedayo untuk melakukan percubaan tetapi berjaya ditepis Khairul Fahmi Che Mat.
Namun, tindakan susulan Khyril Muhymeen berjaya memberikan kelebihan satu gol buat Selangor pada minit ke-38 permainan.
Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh perlawanan pertama.
Masuk babak kedua, Melaka mempertingkatkan tempo permainan dan berjaya meraih jaringan penyamaan melalui percubaan Saiful Ridzuan Selamat pada minit ke-48.
Halim Saari, Nurridzuan Abu Hassan serta Sean Selvaraj dibawa masuk di separuh masa kedua oleh B. Satiananthan namun jaringan kedua gagal diperoleh menyaksikan perlawanan tamat dengan keputusan 1-1.
FA SELANGOR NEWS
Match Review LS4 | Selangor FC 5-2 Terengganu FC | Liga Super Malaysia 2025/26
Read more
Match Review LS3 | Negeri Sembilan FC 2-1 Selangor FC | Liga Super Malaysia 2025/26
Read more
Match Preview LS4 | Selangor FC vs Terengganu FC | Focus On 3 Points
Read more
Match Preview LS3 | Negeri Sembilan FC vs Selangor FC | The Red Giants Go Up Against The Jang In Paroi
Read more