Selangor Football Club (Selangor FC) is one of the most historic and successful football clubs in Malaysia, proudly representing the state of Selangor Darul Ehsan. The club’s modern football identity can be traced back to 1921, when Selangor first established itself as a competitive force in Malaysian football through its participation in the Malaya Cup.
On 20 August 1921, Selangor made its official debut in national competition against Penang, marking the beginning of its competitive era on the national stage. This moment is widely regarded as the foundation of Selangor’s football legacy, establishing 1921 as a defining milestone in the club’s history.
This early development was supported by the formation of the Selangor Association Football League (SAFL) on 6 May 1906, which introduced an organised league structure in the state and laid the groundwork for football development in Selangor. The progress of the game soon led to early success, with Selangor winning the Malaya Cup in 1922, cementing its position as one of the strongest teams in Malaya.
In 1925, the Selangor Football Association (SFA) was established to strengthen the governance and development of football in the state. This structure continued to evolve, and on 22 February 1936, SAFL and SFA were merged to form the Football Association of Selangor (FAS), which managed the team until the professional squad was privatized as Selangor FC in 2020.
Known as the Red Giants, Gergasi Merah, and Merah Kuning, the club carries a strong identity rooted in the heritage of Selangor. Its iconic red and yellow colours represent bravery and royal sovereignty, while the state crest reflects pride, tradition, and legacy.
Throughout its history, Selangor FC has produced some of Malaysia’s greatest football legends, including Mokhtar Dahari, R. Arumugam, Santokh Singh, Abdul Ghani Minhat, Soh Chin Ann, Zainal Abidin Hassan, and many others who have shaped the nation’s football history.
Today, Selangor FC stands as one of the most successful clubs in Malaysian football, boasting a record 33 Malaysia Cup titles, 7 league championships, 5 FA Cup victories, and 8 Charity/Community Shield titles.
Selangor FC is more than a football club it is a living legacy that began in 1921, built on history, pride, and an unbreakable passion for the game.
Selangor Football Club (Selangor FC) merupakan salah satu kelab bola sepak paling bersejarah dan berjaya di Malaysia, mewakili negeri Selangor Darul Ehsan. Akar umbi kelab ini bermula sejak tahun 1921, apabila Selangor mula membentuk identity kompetitifnya di pentas bola sepak kebangsaan melalui penyertaan dalam Piala Malaya.
Pada 20 Ogos 1921, pasukan utama Selangor membuat penampilan rasmi pertama dalam kejohanan kebangsaan menentang Pulau Pinang, sekali gus menandakan kelahiran era bola sepak kompetitif Selangor. Detik ini menjadi titik penting yang meletakkan tahun 1921 sebagai permulaan sejarah moden Selangor FC di pentas pertandingan.
Sejarah awal ini dibina lebih awal dengan penubuhan Selangor Association Football League (SAFL) pada 6 Mei 1906, yang memperkenalkan sistem liga bola sepak tersusun di negeri Selangor. Perkembangan berterusan ini membawa kepada kejayaan awal apabila Selangor menjulang Piala Malaya pada tahun 1922, mengukuhkan statusnya sebagai kuasa utama bola sepak tanah air.
Pada tahun 1925, Selangor Football Association (SFA) telah ditubuhkan bagi memperkukuh tadbir urus serta pembangunan bola sepak di negeri Selangor. Struktur pentadbiran ini terus berkembang, dan pada 22 Februari 1936, SAFL dan SFA telah digabungkan untuk membentuk Football Association of Selangor (FAS), yang menguruskan pasukan Selangor sehingga skuad profesionalnya diswastakan sebagai Selangor FC pada tahun 2020.
Dikenali sebagai Gergasi Merah dan Merah Kuning, identiti kelab ini kekal kukuh dengan warna merah dan kuning yang melambangkan keberanian serta kedaulatan negeri Selangor. Sepanjang sejarahnya, Selangor FC telah melahirkan ramai legenda bola sepak negara termasuk Mokhtar Dahari, R. Arumugam, Santokh Singh, Abdul Ghani Minhat, Soh Chin Ann, Zainal Abidin Hassan, dan ramai lagi.
Hari ini, Selangor FC kekal sebagai antara kelab paling berjaya di Malaysia dengan rekod 33 kejuaraan Piala Malaysia, 7 kejuaraan liga, 5 Piala FA, dan 8 Piala Sumbangsih.
Selangor FC bukan sekadar sebuah kelab ia adalah legasi yang bermula sejak 1921, dibina atas sejarah, kebanggaan dan semangat yang tidak pernah padam.