The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
Shop
Team Card
EN
MY
The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
SHOP
TRACK ORDER
LOGIN
SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES
News & Updates
›
PREVIU PERLAWANAN: Selangor Harus Menang
PREVIU PERLAWANAN: Selangor Harus Menang
Oct 10, 2019 - FAS
Perlawanan kelima Piala Malaysia 2019 menyaksikan Selangor bakal melayan kunjungan pasukan Melaka di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu ini jam 9.00 malam.
Ini merupakan perlawanan yang penting untuk pasukan Selangor bagi meraih kemenangan untuk memastikan peluang ke peringkat suku akhir lebih cerah.
Selain itu, Selangor juga berpeluang untuk meraih kedudukan selaku pendahulu Kumpulan D Piala Malaysia 2019.
Melaka dan Selangor kini mendahului Kumpulan D dengan enam mata berjaya dikutip namun Melaka mendahului melalui kelebihan jaringan gol.
Sekiranya Selangor berjaya menewaskan Melaka, sudah pasti ianya memberikan kelebihan yang besar untuk pasukan Selangor.
Tetapi persediaan Selangor untuk perlawanan kali ini sedikit terjejas apabila perancang utama pasukan, Sandro Da Silva mengalami kecederaan.
Beliau yang mengalami kecederaan di bahagian luar ligamen lutut sewaktu perlawanan persahabatan pada minggu lalu terpaksa dilupakan khidmatnya untuk perlawanan kali ini.
Selain Sandro, Farizal Harun dan juga Azreen Zulkafali juga mengalami kecederaan dan masih belum pasti sama ada akan diturunkan untuk perlawanan hari Sabtu ini.
Namun pemain-pemain yang lain dilaporkan sudah cergas sepenuhnya dan sudah bersiap sedia untuk perlawanan kali ini.
Semoga tiga mata penuh bakal diraih Selangor pada hari Sabtu ini sekaligus berpeluang untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
←
Previous
LAPORAN PERLAWANAN: Perlawanan di Jengka baka...
Next
Wajah Bola Selangor: Gobinathan A/L Arumugam
→
FA SELANGOR NEWS
Eduardo Sosa Joins Selangor FC, Add Creativity to the Red Giants' Attack
Read more
Jefferson Tabinas Strengthens Selangor FC's Defensive Line
Read more
Adib Ra'op Joins Selangor FC #AdibIsRed
Read more
Selangor FC Strengthen Midfield with the Signing of Azam Azih
Read more