The Red Giants

EN
MY
SELANGOR FC
BERITA

Selangor FC Diundi Dalam Kumpulan G bagi ACL TWO 2025/26

Aug 15, 2025 - FAS

Selangor FC rasmi diundi dalam Kumpulan G bagi kejohanan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL TWO) musim

2025/26.

Kali ini skuad Gergasi Merah akan menentang tiga kelab ternama seperti Bangkok United FC dari Thailand, Lion City Sailors FC dari Singapore dan Persib Bandung dari Indonesia yang akan bermula pada bulan petengahan bulan September ini.

Menurut ketua jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi, ketiga-tiga pasukan mempunyai kelebihan tersendiri dan menentang negara-negara jiran merupakan satu permulaan yang baik untuk pasukan.

"Pertama sekali, petang tadi kita telah diundi menentang pasukan dari negara yang berhampiran, dan saya rasa ini adalah permulaan yang baik untuk memulakan saingan ACL TWO. Bangkok United, Lion City Sailors FC, dan Persib Bandung adalah pasukan yang hebat dan mempunyai sejarah mereka sendiri.

Kancah bola sepak baru sahaja bermula, sudah pasti setiap pasukan telah membuat penambahbaikan bagi mengharungi musim ini. Jadi kita perlu bersedia untuk berdepan pasukan-pasukan kuat ini,” jelas beliau.

“Sasaran kami adalah untuk layak ke peringkat kalah mati, yang akan menjadi satu lagi pencapaian baik untuk kelab. Saya akan pastikan para pemain bersedia untuk menghadapi kejohanan ini. Walau bagaimanapun, tidak kira siapa lawan kita, kita perlu berikan yang terbaik untuk diri sendiri dan pasukan setiap masa,” tambahnya lagi

Selangor FC percaya pasukan akan berikan yang terbaik untuk tahun kedua bersaing dalam Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL TWO) kali ini.

Ayuh, Merah Kuning!

Demi Kebanggaan!