Aug 14, 2025 - FASSELANGOR FC UMUM GRANTT LUBRICANTS SEBAGAI RAKAN RASMI UNTUK MUSIM 2025/26
SHAH ALAM, 14 Ogos 2025 – Selangor FC secara rasmi mengumumkan GRANTT Lubricants, jenama di bawah UMW Lubetech Sdn. Bhd. (anak syarikat milik penuh Sime Darby Berhad), sebagai Rakan Kongsi Rasmi untuk musim 2025/26.
Ini merupakan pemerteraian pertama GRANTT dalam sukan bola sepak Malaysia, bagi meluaskan lagi penjenamaan barangan GRANTT di kalangan para penyokong bola sepak Gergasi Merah dan Malaysia. Sebagai sebahagian daripada perkongsian itu, penjenamaan GRANTT akan dipaparkan pada jersi Kejuaraan Kelab ASEAN Selangor FC, papan tanda stadium dan platform digital.
Bagi Grantt Lubricants, mereka mahu mengukuhkan hubungan dengan pengguna Malaysia terutamanya penyokong bola sepak seleras dengan visi yang dibawa, "Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan Selangor FC musim ini. Perkongsian ini mencerminkan komitmen kami terhadap prestasi, ketahanan dan kebolehpercayaan nilai yang dikongsi oleh GRANTT dan Selangor FC. Melalui kerjasama ini, kami berhasrat untuk mengukuhkan hubungan kami dengan pengguna Malaysia dan peminat bola sepak Malaysia,” kata En. Akhram Abdullah, Pengarah Bahagian Pembuatan & Kejuruteraan
Bagi Selangor FC, kami bersyukur dapat menambah rakan kongsi baharu untuk musim ini. Ini semestinya akan mengembangkan lagi pertumbuhan holistik kelab, baik di dalam mahupun di luar padang, "Kami berbangga mengalu-alukan Grantt Lubricants, rakan kongsi strategik baharu utama kami di Selangor FC. Perkongsian ini akan memastikan visi kami dalam mendapatkan rakan strategik yang luas merentasi sukan dan semua industri tercapai," kata Dr. Johan Kamal Hamidon.
"Perkongsian hari ini amat bermakna kerana Grantt Lubricants, jenama buatan Malaysia, menjadi rakan kongsi pelincir yang pertama dalam sejarah Selangor FC. Pihak pengurusan dan juga para pemain akan sentiasa berikan yang terbaik terutamanya dalam latihan, semasa perlawanan, dan cara kami membawa nama kelab sebagai wakil Selangor dan Malaysia. Grantt mencerminkan komitmen dalam mendorong prestasi tertinggi produk ini. Gabungan Selangor FC dan Grantt Lubricants akan memperjuangkan gaya hidup aktif dan sihat, menggalakkan perjalanan yang selamat dan bertanggungjawab di jalan raya dan dalam kehidupan, dan mewujudkan platform bermakna untuk pembangunan kemahiran dan pertumbuhan peribadi," jelasnya.
Untuk meraikan perkongsian ini, GRANTT sedang menjalankan kempen End User Campaign di seluruh negara sehingga 30 September 2025, menawarkan hadiah menarik dan ganjaran eksklusif untuk pelanggan yang membeli produk yang mengambil bahagian. Inisiatif ini memberi ganjaran kepada pengguna setia dan mendorong penglibatan jenama sepanjang musim. Peminat bola sepak dan pemandu boleh menjangkakan pelbagai pengaktifan di lapangan dan digital, membawa mereka lebih dekat dengan GRANTT dan Selangor FC.
Untuk kemas kini dan menyertai Kempen Pengguna Akhir, ikuti @umwgranttlube di media sosial atau lawati www.granttlubricants.com.
Demi Kebanggan!