Jun 14, 2025 - FASSelangor FC B18 telah selesai melalui lima perlawanan pertama saingan Piala Belia 2025 yang telah bermula sejak 26 April yang lalu.
Musim ini, 14 pasukan telah disenaraikan bertanding dalam Piala Presiden termasuk Johor Darul Ta’zim IV, Terengganu FC B18, Kuala Lumpur City FC, AMD Future, Melaka FA, AMF B16, SSTMI B17, Negeri Sembilan FC, Johor Darul Ta’zim V, Kuching City FC, Sabah FC III, Penang FC III and PDRM FC.
Setakat ini, skuad kendalian Khushairi Wahab berada di tempat kedua berkongsi 18 mata bersama pasukan di tempat pertama, dengan rekod enam kemenangan berturut-turut. Dalam masa yang sama, skuad bawah 18 tahun Gergasi Merah telah menjaringkan 16 gol; tujuh daripada Zarul Aidid, enam gol Muayyad Daud, dua jaringan Fahrin Danny dan satu jaringan Danish Ashraf.
Berikut adalah keputusan terkini perlawanan skuad Selangor B18 dalam saingan Piala Belia 2025:-
SELANGOR FC (4-2) SABAH FC III
20’, 55’ Zarul Aidi
34’, 89’ Muayyad Daud
PENANG FC II (1-2) SELANGOR FC
30’ Fahrin Danny
69’ Muayyad Daud
SELANGOR FC (2-1) NEGERI SEMBILAN FC
4’ Muayyad Duad
43’ Muayyad Daud
SELANGOR FC (3-0) KUCHING CITY FC
20’, 61’, 72’ Zarul Aidid
SSTMI B17 (1-2) SELANGOR FC
21’ Muayyad Daud
90’ Danish Ashraf
SELANGOR (3-0) MELAKA FA
4’ Muayyad Daud
7’ Zarul Aidid
39’ Fahrin Danny
Daripada keputusan perlawanan di atas, Zarul Aidid, penjaring terbanyak Piala Belia setakat ini berjaya dinobatkan sebagai Pemain Terbaik untuk tiga perlawanan (menentang Negeri Sembilan FC, Kuching City FC dan Melaka FA), Muayyad Daud pula dua perlawanan (menentang Penang FC II dan Sabah II FC) dan Danish Ashraf satu aski menentang SSTMI B17.
Skuad B18 Gergasi Merah mempunyai tujuh perlawanan lagi bagi mengharungi pusingan pertama Piala Belia 2025. Di bawah adalah baki tujuh perlawanan seterusnya:-
15/06/2025, Sime Darby - SELANGOR FC lwn TERENGGANU FC B18
21/06/2025, Padang 10 AMD Gambang - AMD B16 lwn SELANGOR FC
29/06/2025, Sime Darby - SELANGOR FC lwn AMD FUTURE
05/07/2025, Stadium Taman Ungku Tun Aminah - JDT V lwn SELANGOR FC
09/07/2025, Sime Darby - SELANGOR FC lwn KUALA LUMPUR
13/07/2025, Padang SMK Mergong - PDRM FC lwn SELANGOR FC
19/07/2025, Stadium MP Kulai - JDT IV lwn SELANGOR FC
Pihak Pengurusan Selangor FC berharap pasukan akan berikan yang terbaik untuk teruskan momentum kemenangan sepanjang saingan Piala Belia 2025 berlangsung. Gerak terus, skuad B18 Gergasi Merah!
Demi Kebanggaan!
SENARAI NAMA SKUAD B18 SELANGOR FC 2025
KETUA JURULATIH: KHUSHAIRI WAHAB.
PENJAGA GOL: IMAN FAIZ, ADAM DANISH, NAUFAL SUKIMAN & IRFAN AZZRAI.
PEMAIN PERTAHANAN: HELMI ISMAIL, AQIL QHUZAIKEL, FAIZ DANIAL, RYAN FAHREEN, ISYRAF RIZAL, AMIRUL DANIEL, AIREL HUSAINY, WAN RAIF MUQRIZ, AIDIEL ZACHARIA & DANISH ASHRAF.
PEMAIN TENGAH: RYADY RAZIQ, DANIAL HQZEIRY, MIKAIL HAMIDI, ADIB ENDY, ANIQ QHUSHAINIE, RAYYAN DANIAL, IVAN CHUA WEI, MUAYYAD DAUD, ZAMIL ZAQWAN, WAN AHMAD FARHAN & PUTERA HAIKAL.
PENYERANG: AIRIL IZZAN, TING TZE YOUNG, FAHRIN DANNY, ZARUL MOKHTAR & SEAN FAREEZ.