SELANGOR FC
BERITA

Panggilan Negara Bagi Empat Pemain #GergasiMerah

Jun 03, 2024 - FAS

Kelayakan Piala Dunia 2026 pusingan kedua akan berlangsung sepanjang kalender antarabangsa FIFA bermula 3 sehingga 12 Jun.

Empat pemain Selangor FC, Nooa Laine mewakili Malaysia (Kumpulan D), Safuwan Baharudin mewakili Singapura (Kumpulan C), Umarbek Eshmurodov mewakili Uzbekistan (Kumpulan E) dan Noor Al-Rawabdeh mewakili Jordan (Kumpulan G).

Dua perlawanan akan berlangsung bagi setiap negara dalam Kelayakan Piala Dunia 2026 pusingan dua ini. Jadual adalah seperti berikut:-

MALAYSIA (Kumpulan D)

6 Jun, 11 malam -  Kyrgystan lwn Malaysia

11 Jun, 9 malam - Malaysia lwn Taiwan

SINGAPURA (Kumpulan C)

6 Jun, 8 malam -  Singapura lwn Korea Republik

11 Jun, 8:30 malam - Thailand lwn Singapura

UZBEKISTAN (Kumpulan E)

6 Jun, 10:30 malam -  Uzbekistan lwn Turkmenistan

12 Jun, 1 pagi - Iran lwn Uzbekistan

JORDAN (Kumpulan G)

7 Jun, 1:30 pagi -  Jordan lwn Tajikistan

12 Jun, 9 malam - Saudi Arabia lwn Jordan

Setakat ini, Malaysia berada di tempat ke-3 dengan enam mata terkumpul; Singapura pula di tempat ke-4; seterusnya, Uzbekistan dan Jordan di tempat ke-2 dalam kumpulan masing-masing.

Dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan iaitu 18 pasukan (Juara dan Naib Juara) akan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 selain meraih slot automatik ke Piala Asia 2027.

Selangor FC mendoakan kejayaan skuad Harimau Malaya dan pemain-pemain import Gergasi Merah dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026. Semoga berjaya!

Demi Kebanggaan!