SELANGOR FC
BERITA

Pasukan Gergasi Merah Ke Jakarta

May 29, 2024 - FAS

Skuad Selangor FC telah berangkat ke Jakarta, Indonesia bagi mengharungi saingan RCTI Premium Sports, kejohanan jemputan antarabangsa anjuran RCTI bermula 30 Mei sehingga 2 Jun bagi mengisi jadual kalendar antarabangsa FIFA bulan ini. 

Kejohanan ini juga dipanggil sebagai Derbi Serumpun Indonesia vs Malaysia; kerana empat pasukan yang bertanding adalah Selangor FC dan Sabah FC dari Malaysia serta Persija Jakarta dan PSIS Semarang dari Indonesia.

Skuad Gergasi Merah telah dijadualkan bertemu Sabah FC bagi perlawanan pertama pada 30 Mei, pemenang aksi ini akan ke Perlawanan Akhir pada 2 Jun mewakili Malaysia. 

Jemputan ini diterima baik pasukan menurut Nidzam Jamil, Ketua Jurulatih Selangor FC, “Kami amat berbesar hati dapat jemputan ini untuk bersaing dan bertemu dengan rakan-rakan sukan bola sepak di Indonesia. Ini sekaligus membantu kita untuk meneruskan persiapan liga yang berehat seketika bagi memberi laluan kepada jadual kalendar antarabangsa FIFA. Selain itu, saya merasakan ini masa yang tepat untuk saya berikan peluang kepada pemain-pemain lain bagi merasai kejohanan antarabangsa agar dapat menetapkan daya saing yang tinggi di kalangan mereka.”

Samuel Somerville, penjaga gawang Selangor FC, merasakan ini peluang untuk menambah baik keserasian dalam pasukan, “Saya dan rakan sepasukan sangat teruja untuk ke Jakarta, Indonesia bagi mengharungi kejohanan ini. Saya yakin ini peluang untuk pasukan mendapatkan keserasian yang lebih baik antara satu sama lain.”

Saksikan semua perlawanan RCTI PREMIUM SPORTS secara live-streaming eksklusif di Vision+. Anda boleh aktifkan pakej Derbi Serumpun ini dengan  harga RM14.99 di: https://www.loket.com/event/rcti-premium-sports_I4gn

Pihak pengurusan mendoakan kejayaan pasukan di Jakarta, Indonesia dalam kejohanan RCTI Premium Sports. Semoga berjaya, Red Giants!

Demi Kebanggaan!