SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan LS3 | Selangor FC vs Negeri Sembilan FC | Misi Mendaki Kedudukan Liga

May 26, 2024 - FAS

Selangor FC terus menerima kunjungan daripada pasukan Negeri Sembilan FC (NSE) bagi perlawanan ke-3 saingan Liga Super 2024/25 hari ini jam 8:15 malam di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Ini merupakan pertemuan ke-105 di antara #SFCNSE. Skuad Merah Kuning telah memenangi 65 perlawanan dan 19 kali seri. Selain itu, 265 jaringan gol telah terhasil daripada pertemuan dua pasukan ini. Kali Terakhir skuad Gergasi Merah menentang The Jangs adalah dalam saingan Liga Super yang berakhir dengan keputusan 4-0.

Menurut Nidzam Jamil, Ketua Jurulatih Selangor FC, mahu pemain kekal gembira dan bersungguh-sungguh berjuang untuk kelab, “Pertama sekali saya gembira dengan kehadiran semula pemain-pemain yang sudah pulih daripada kecederaan yang mereka alami. Kami telah melakukan persediaan yang teliti untuk perlawanan pada malam ini. Paling penting bagi saya adalah apabila mereka mahu berjuang habis-habisan untuk Selangor FC,”

"Tidak kira siapapun lawan, kita perlu ada jawapan untuk menyelesaikan masalah yang mereka berikan di atas padang nanti.” Ujar beliau.

Bagi keberadaan pemain, hanya Izwan Yuslan sahaja tidak dapat bersama pasukan menentang NSE pada malam ini atas faktor kecederaan.

Baca reviu penuh perlawanan #SFCKDA.

Pihak pengurusan Selangor FC yakin para pemain akan kekal berikan yang terbaik untuk kelab bagi meraih tiga mata yang seterusnya. Ayuh Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!