SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan LS14 | Kelantan United FC vs Selangor FC | Bangkit #GergasiMerah!

Jun 06, 2023 - FAS

Skuad Selangor FC akan bertandang ke Kelantan Darul Naim untuk saingan Liga Super 2023 menentang Kelantan United FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Bandar Kota Bharu esok (7 Jun) pada jam 9 malam.

Pemain tengah Selangor FC, Haiqal Lau, berterima kasih kerana diberi peluang untuk mendapatkan semula keyakinan untuk beraksi dan beliau percaya pasukan mahukan kemenangan untuk hari esok.

"Saya rasa gembira dapat bagi persembahan yang baik dalam tiga perlawanan sebagai kesebelasan utama, semuanya terima kasih kepada Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe kerana berikan kepercayaan tersebut. Jujur ia sedikit sebanyak telah membantu saya dapatkan semula keyakinan untuk beraksi dan berikan yang terbaik kepada pasukan.

“Untuk perlawanan esok, kami sepasukan akan 'bounce back' dan cuba untuk dapatkan kemenangan. Kami tak mahu lagi perkara yang sama berulang. Saya yakin rakan sepasukan mahu dapatkan kemenangan ini untuk dapatkan semula momentum terbaik pasukan," tegas Haiqal Lau.

Bagi keberadaan pemain, menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe tiada sebarang kecederaan baru berlaku dalam skuad Gergasi Merah buat setakat ini.

Pihak pengurusan Selangor FC percaya pasukan akan mendapatkan semula momentum terbaik bagi mengharungi Liga Malaysia 2023. Bangkit, Merah KuningKu!

Demi Kebanggaan!