SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan LS5 | Selangor FC vs JDT FC

Mar 16, 2023 - FAS

Selangor FC akan menerima kunjungan Johor DT FC untuk perlawanan kelima saingan Liga Super 2023 esok (17 Mac) jam 9 malam di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Menurut pemain muda pertahanan kanan, Zikri Khalili, yakin pasukan akan berikan yang terbaik untuk perlawanan esok.

"Seperti perlawanan sebelum ini, mana-mana pasukan pun tak mudah. Namun, apa yang penting adalah pasukan laksanakan apa yang barisan jurulatih sudah rancang dan cuba sedaya upaya untuk mengurangan kesilapan-kesilapan kecil sepanjang perlawanan. 

“Semua tahu kemampuan Johor DT tetapi bagi saya para pemain tidak kisah yang beraksi sebagai kesebelasan utama atau mereka yang di bangku simpanan kena pastikan Selangor pun berada di tahap tertinggi semasa beraksi pada hari esok. Kita bagi perlawanan yang terbaik untuk keputusan yang terbaik," semangat Zikri.

Bagi keberadaan pemain, Mukhairi Ajmal sudah sepenuhnya pulih daripada keracunan makanan. Beliau berkemungkinan besar akan bersama pasukan untuk perlawanan #SELJDT pada hari esok.

Selain itu, skuad Gergasi Merah kekal dengan rekod tiada sebarang kecederaan untuk perlawanan kali ini.

Pihak pengurusan Selangor FC sepenuhnya teguh berdiri di belakang pasukan untuk perlawanan esok. Teruskan perjuangan, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!