SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan LS4 | Penang FC vs Selangor FC

Mar 12, 2023 - FAS

Selangor FC akan berkunjung ke Pulau Pinang untuk  saingan Liga Super 2023 menentang pasukan Penang FC hari ini (12 Mac) jam 5:30 petang di Stadium Bandaraya.

Ini merupakan pertemuan ke-126 di antara #PENSEL. Gergasi Merah telah memenangi 74 perlawanan dan 20 seri. Selain itu, 261 jaringan gol telah terhasil daripada pertemuan dua pasukan ini.

Menurut pemain import baharu Selangor FC, Noor Al-Rawabdeh, “Kami akan berusaha untuk mendapatkan tiga mata untuk penyokong dan kelab.

“Kami semestinya sangat teruja untuk menghadapi perlawanan #PENSEL hari ini. Penang FC baru sahaja menang dan layak ke pusingan seterusnya bagi saingan Piala FA, sudah pasti mereka dalam keadaan yang sedia, namun, barisan kejurulatihan telah membantu kami dalam membuat persediaan yang rapi sebelum bertemu Penang FC esok.

“Sasaran kami sudah tentu untuk membawa pulang tiga mata penuh dalam setiap perlawanan. Saya harap penyokong Gergasi Merah akan terus berdiri di belakang kami. Kami akan berusaha untuk mendapatkannya demi penyokong dan kelab, InshaaAllah,” semangat Noor.

Untuk pengetahuan, pemain pembangunan Selangor FC, Danial Asri pula akan membuat penampilan ke-50 beliau bersama pasukan jika beliau beraksi dalam perlawanan #PENSEL petang ini.

Selain itu, skuad Gergasi Merah kekal dengan rekod tiada sebarang kecederaan untuk perlawanan kali ini.

Pihak pengurusan Selangor FC yakin dengan kemampuan para pemain untuk berikan segalanya bagi mengekalkan momentum baik pasukan. Ayuh, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!