Feb 12, 2023 - FASSelangor MAC, pasukan futsal Gergasi Merah akan membuka tirai Pertandingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2023 pada 18 Februari ini dan Kompleks Sukan Negara Shah Alam Panasonic menjadi gelanggang pasukan bertanding.
Tahun ini saingan MPFL disertai oleh 14 pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut zon. Selangor MAC akan menentang Johor Darul Ta'zim, KL City FC, Kuala Lumpur, PFA Odin Sarawak, Selangor TOT United dan Shah Alam City dalam Kumpulan B.
Pertandingan dijalankan mengikut format liga dua pusingan (home & away) di venue pilihan pasukan yang mana setiap pasukan akan beraksi sebanyak 12 perlawanan.
Empat pasukan teratas Kumpulan A dan B seterusnya akan mara ke pusingan kalah mati iaitu Suku Akhir secara satu pusingan (venue perlawanan akan diundi) serta Separuh Akhir dan Final secara timbal balik di venue pilihan pasukan.
Dibawah merupakan jadual pusingan pertama perlawanan Selangor MAC :
18/2/22, 02:00 PM - SELANGOR MAC vs PFA ODIN SARAWAK
26/2/22, 05:00 PM - KUALA LUMPUR vs SELANGOR MAC
04/3/22, 02:00 PM - SELANGOR MAC vs KL CITY FC
11/3/22, 08:30 PM - JOHOR DARUL TA'ZIM vs SELANGOR MAC
19/3/22, 08:30 PM - SELANGOR MAC vs SHAH ALAM CITY
30/4/22, 05:00 PM -SELANGOR TOT UNITED vs SELANGOR MAC
Pasukan ini juga dilatih oleh ketua jurulatih dari Brazil, Edgar Eder Baldasso. Beliau akan dibantu oleh dua orang pembantu jurulatih iaitu Ahmad Khairi dan Shao Yao Eoh. Manakala jurulatih penjaga gol, Firdaus Razali dan jurulatih kecergasan, Luqman Mat.
Pada bulan November 2022, MPFL secara rasmi telah membenarkan dua pemain import dalam pasukan bagi menambah tahap kompetitif saingan musim ini. Selangor MAC telah menandatangani tiga pemain import untuk bertanding, walau bagaimanapun, hanya dua yang akan beraksi mengikut ketetapan Ketua Jurulatih.
SENARAI PENUH PEMAIN SELANGOR MAC MUSIM 2023
PENJAGA GOL: Affiq Miswan, Syaifuddin Syukri, Syawal Sabaruddin
PEMAIN PERTAHANAN/FIXO: Fariq Mohamad, Akmal Yazadh, Shahmi Farhan, Ali Imran, Amirul Sugito
PEMAIN SAYAP/ALA: Aidil Shahril, Syed Aizad, Faris Johan, Syahir Iqbal, Ahmad Zahir, Haziq Haikal, Aidil Izwan, Khairul Effendy, Navin Das Arokiadass, Silva Matheus (Pemain import)
PIVOT: Ali Ebrahim (Pemain import), Reza Sepandar (Pemain import), Bukhari Samsudin, Nurasyraaf Azle, Azamuddin Hassan, Hikmal Firdaus
Selangor FC berharap pasukan futsal Selangor MAC akan terus berjuang bagi mengekalkan kejuaraan MPFL 2023. Semoga berjaya Gergasi Merah!
Demi Kebanggaan!