Nov 11, 2022 - FASF&N Kekal Sebagai Penaja Selangor FC Bagi Musim 2023
Selangor FC dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama dengan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd (F&N) sebagai Rakan Kongsi Isotonik Rasmi Selangor FC.
F&N telah menaja Selangor FC sejak tahun 2021 lagi, dan perjanjian ini menyaksikan F&N untuk terus komited bersama Selangor FC sehingga akhir musim 2023.
Ketua Pemasaran F&N, Cik Leong Wai Yin berkata, "F&N teruja untuk meneruskan kerjasama dengan kelab Selangor FC kerana ia telah memberi manfaat kepada jenama F&N khususnya dalam kalangan peminat bola sepak di seluruh negara."
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon melihat kerjasama ini sebagai langkah strategik yang baik bagi kelab. “Selangor FC amat berbangga dapat meneruskan jalinan kerjasama dengan F&N, sebuah jenama antarabangsa yang amat dikenali. Hidrasi pemain adalah sangat penting terutamanya bagi mereka untuk beraksi pada tahap tertinggi, dan saya percaya F&N adalah rakan kongsi yang sesuai untuk menyokong kami dalam inisiatif ini,” tambah beliau.
Selangor FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada F&N atas kepercayaan dan komitmen berterusan yang diberikan. Semoga kerjasama ini akan kekal kukuh untuk tahun yang akan datang.
Demi Kebanggaan.