The Red Giants

EN
MY
SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan Tertunda LS15 : Kedah Darul Aman FC vs Selangor FC | Afro dan Alex Kembali ke Pasukan!

Sep 14, 2022 - FAS

Pasukan Selangor FC akan menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC bagi meneruskan perjuangan #LigaSuper2022 perlawanan tertunda minggu ke-15 di Stadium Darul Aman pada jam 9 malam ini. 

Penjaring gol sulung perlawanan lalu, Mukhairi Ajmal berharap dirinya dan rakan sepasukan dapat meneruskan momentum baik untuk beraksi menentang KDA FC malam ini.

“Setiap perlawanan kami akan berikan tumpuan sepenuhnya kepada pasukan sendiri untuk membuat persediaan yang rapi bagi menghadapi pihak lawan. 

Saya berharap diri saya dan rakan sepasukan dapat mengekalkan momentum serta semangat seperti dalam perlawanan sebelum ini dan fokus untuk beraksi sebagai satu pasukan,” jelas Mukhairi.

Dari segi keberadaan pemain untuk perlawanan Liga Super hari ini, pasukan Selangor FC masih belum dapat menurunkan Safuwan Baharudin yang masih dalam proses pemulihan akibat daripada kecederaan ‘mild traumatic brain injury’.

Selain itu, Gergasi Merah terpaksa melupakan khidmat pemain muda yang memberi impak besar dalam perlawanan minggu lalu, Aliff Haiqal Lau kerana digantung satu perlawanan daripada tiga kad kuning yang diperoleh. 

Walau bagaimanapun, penyokong boleh bersorak gembira dengan kembalinya Alexander Agyarkwa daripada pergantungan perlawanan minggu lalu dan Sharul Nazeem yang baru sahaja sembuh daripada demam. 

Selangor FC mendoakan kejayaan pasukan untuk beraksi dengan cemerlang di Stadium Darul Aman malam ini! Ayuh, Red Giants!

Demi Kebanggaan!