The Red Giants

EN
MY
SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan LS12 : Selangor FC vs KL City FC | #DerbiLembahKlang Sekali Lagi!

Jul 20, 2022 - FAS

Selangor FC akan meneruskan perjuangan dalam perlawanan minggu ke-12 Liga Super 2022 menentang Kuala Lumpur City FC (KL City FC) di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada jam 9 malam ini.

Biarpun pasukan hanya mempunyai tiga hari untuk membuat persiapan menentang KL City FC, barisan jurulatih Selangor FC telah memanfaatkan masa yang ada bagi menyediakan fizikal dan mental pemain menghadapi perlawanan ini. 

Dari segi keberadaan pemain untuk perlawanan Liga Super hari ini, pasukan Selangor FC masih belum berkesempatan menggunakan khidmat R. Dinesh yang berada dalam fasa pemulihan daripada kecederaan ‘anterior cruciate ligament’ (ACL) dan Safuwan Baharudin akibat daripada kecederaan ‘mild traumatic brain injury’.

Selain itu, Aliff Haiqal Lau tidak dapat bersama pasukan kerana baru sahaja baik daripada mengalami demam baru-baru ini. Manakala, Yazan Al-Arab pula tidak dapat beraksi bersama pasukan pada malam ini kerana digantung satu perlawanan selepas mengumpul tiga kad kuning.

Walau bagaimanapun, para penyokong boleh bersorak gembira dengan kembalinya Fazly Mazlan daripada pergantungan satu perlawanan minggu lalu.

Sebarang maklumat lanjut berkenaan perlawanan malam ini akan di maklumkan di laman sosial media Selangor FC. Dapatkan tiket #SFCKLC di sini

Selangor FC berharap pasukan dapat teruskan momentum rekod baik di Stadium MBPJ. Berikan yang terbaik, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!