Jun 03, 2022 - FASPasukan Wanita Selangor FC akan memulakan perjuangan mereka dalam saingan Liga Wanita Nasional 2022 di Setia Alam pada 4 Jun, Sabtu ini di JSA Arena, Setia Alam setelah dua tahun tidak dapat beraksi secara kompetitif.
Menurut Izzat Salihuddin, Penolong Pengurus Pasukan, ini merupakan pasukan Wanita Selangor FC baharu yang dibina dengan sangat teliti untuk perancangan jangka masa panjang hasil kerjasama Selangor FC dan FA Selangor.
"Sebelum tertubuhnya Pasukan Wanita Selangor FC hari ini, kami barisan kejurulatihan telah meneliti pencapaian dan perlawanan-perlawanan sebelum ini bagi mencari kekuatan serta kelemahan untuk menambah baik pasukan. Selain itu, kita juga mengkaji pasukan lawan sebagai persiapan semasa liga bermula nanti.
Kami juga telah menjalankan sesi pemilihan secara tertutup dan memanggil pemain-pemain berpotensi untuk membantu pasukan ini mengikut perancangan panjang yang telah dipatrikan. Mereka semua di 'scout' melalui kejohanan FAS Women's Super League pada bulan Januari yang lalu.
Seramai 28 pemain kami berjaya daftarkan dan lebih dari separuh pasukan berusia bawah 23 tahun. Ini selaras dengan sasaran jangka masa panjang yang telah dirancang. Kami mahu pemain-pemain muda berpotensi ini mendapat pendedahan awal untuk beraksi lebih matang dalam masa terdekat. Mereka juga dikelilingi beberapa pemain kebangsaan bagi mendapat keseimbangan dalam pasukan," jelasnya.
Tujuh pasukan akan mengambil bahagian termasuk Selangor FC dalam saingan ini. Berikut adalah jadual pasukan Wanita Gergasi Merah untuk bulan ini:-
04/6/22, 8AM - SELANGOR FC vs ATM
11/6/22, 8AM - SELANGOR FC vs FIRST 11
18/6/22, 8AM - SELANGOR FC VS SETIAWANGSA SOLLO
SENARAI PENUH PEMAIN WANITA SELANGOR FC MUSIM 2022
PENJAGA GOL: Norazizah Nazri (27), Syazwani Zainal (22), Aisyah Farhana (19)
PERTAHANAN: Felicia Adele (30), Hannani Adriana (27), Norfiralisna Sulaiman (25), Nurain Izyan (24), Daniekrisya Feisal (22), Sharifah Nabylah (21), Asheesh Kaur (17)
PEMAIN TENGAH: Hanis Azizan (30), Afrina Azhar (23), Intan Sarah (23), Siti Asnidah (23), Hafizatul Alya (21), Syafiqah Zainal (21), Ainin Sofiya (20), Faidza Aiman (20), Fatihah Anum (19), Imanina Aqilah (18)
PENYERANG: Nabila Jamin (29), Najwa Azmi (27), Wan Nadhirah (27), Nadia Roslan (21), Nurfazira Sani (21), Mecca Rania (17), Kanchenjeet Kaur (16), Dian Aqilah (15)
Nota: *(xx) umur pada tahun 2022
Selangor FC berharap pasukan Wanita Selangor FC akan beraksi dengan cemerlang dalam saingan Liga Wanita Nasional 2022 serta dapat memperkasakan transformasi kelab ini secara menyeluruh.
Maklumat lanjut mengenai pasukan Wanita Gergasi Merah akan dimaklumkan di laman media sosial rasmi Selangor FC.
Demi Kebanggaan!