Apr 27, 2022 - FAS
- · Pada Sabtu lepas, Pegawai Kementerian Kesihatan bersama Sanofi dan Kelab Bola Sepak Selangor bergabung tenaga untuk mendaki gunung tertinggi di Kuching iaitu Gunung Santubong, sebagai bukti ikrar dalam melancarkan kempen ‘War Against Diabetes’ (WAD) dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia
- · Kempen ini turut mempunyai objektif untuk menghimpun 10,000 tandatangan daripada orang ramai sebagai simbol sokongan kepada mesej ‘War Against Diabetes’ serta memberi galakkan untuk orang ramai mengambil tindakan dan proaktif dalam menjaga kesihatan dalam bersama membina negara yang lebih sihat, selaras dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS)
KUCHING, 23 April 2022 - Sanofi Malaysia dan Kelab Bola Sepak Selangor (SFC), bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencapai puncak tertinggi di Kuching, Sarawak dalam usaha memberi inspirasi dan galakan kepada rakyat Malaysia untuk mengambil langkah dalam mencegah Diabetis, melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala dan mendapatkan rawatan awal.
Ekspedisi itu diketuai oleh Datuk Dr. Chong Chee Keong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dari KKM. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha kempen 'War Against Diabetes' (WAD), iaitu kempen kesedaran kesihatan awam yang dilancarkan awal bulan ini oleh Selangor FC dan Sanofi Malaysia, serta turut disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Datuk Dr. Chong sendiri telah menamatkan pendakian itu bagi memberi inspirasi kepada orang ramai untuk terus kekal aktif dengan bertahan mendaki gunung yang diberi nilai kesukaran yang tinggi sekitar 810 meter atau 2,658 kaki tinggi.
“Ia bukanlah satu tugas yang sukar untuk memiliki gaya hidup sihat bagi mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti Diabetis. Kita hanya memerlukan mentaliti yang positif dan komitmen yang teguh. Oleh itu, sebagai bukti bagi mempamerkan komitmen ini, kami kini berada di Kuching, untuk mendaki Gunung Santubong pada Hari Bumi Sedunia. Kumpulan ini berhasrat untuk menjadi pemangkin dan sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia supaya kekal aktif. Perjalanan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah, persis kepada setiap perubahan dalam kehidupan kita. Mendidik orang ramai dan mencari daya perubahan sikap atau tingkah laku bukanlah satu perkara yang mudah, namun kami sangat bertuah mempunyai rakan usaha sama seperti Sanofi dan Selangor FC yang menerajui kempen kesedaran sebegini untuk memupuk kehidupan yang lebih sihat dikalangan orang ramai. Apa yang kita perlukan ialah keinginan untuk bukan sahaja hidup lebih lama, tetapi lebih sihat, dan bebas diabetis,” ujar Datuk Dr. Chong.
Merujuk kepada agenda utama ANMS iaitu meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia, pendekatannya ialah bekerjasama dengan rakan usaha sama di luar agensi kerajaan untuk memperkasakan mesej kesihatan kepada masyarakat. Ekspedisi ini merupakan simbolik kerjasama dengan organisasi swasta dalam mendekati dan menangani isu Diabetis. Kolaborasi seperti kempen ini adalah sangat penting demi menggalakkan sesuatu perubahan.
Doreen Tan, Ketua Hal Ehwal Awam & Akses Pemasaran Sanofi Malaysia, turut menambah, “Misi menakluk Gunung Santubong ini adalah komitmen berani kami untuk terus memberi penekanan kepada matlamat dalam memerangi Diabetis dengan mengajak orang ramai membuat pilihan yang lebih sihat dalam gaya hidup mereka. Sebagai usaha menerapkan nilai dan lambang komitmen syarikat kami terhadap inovasi, kami percaya bahawa pengurusan Diabetes melangkaui perubatan, dan setiap individu mempunyai perjalanan mereka yang tersendiri. Kami berharap dengan pendidikan yang lebih baik, kami dapat memperkasakan orang ramai untuk menguruskan penyakit ini serta mencapai sasaran paras gula darah mereka.”
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr. Ooi Choo Huck turut memuji ekspedisi kumpulan itu, “Kami gembira kempen 'War Against Diabetes' memilih Sarawak sebagai salah satu lokasinya untuk menyebarkan usaha murni ini. Ia adalah salah satu gunung yang paling megah di Malaysia dan ia mampu memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menjadi lebih proaktif dalam menjaga kesihatan mereka.”
Manakala, Dr Johan Kamal Hamidon, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, sempat berkongsi, “Sebagai sebuah kelab sukan profesional, Selangor FC bercita-cita untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam meningkatkan kesedaran kesihatan kepada peminat kami dan orang ramai, lebih daripada sekadar sebuah kelab bola sepak. Ekspedisi mendaki ini adalah salah satu aktiviti untuk mempamerkan bagaimana kita boleh mengamalkan gaya hidup sihat dan kekal aktif. Kami mahu kempen 'War Against Diabetes' ini terus memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk mengambil berat tentang Diabetis."
Ayuh, rakyat Malaysia! Sebagai tanda sokongan ‘War Against Diabetes’, kongsikan tandatangan anda pada pautan petisyen di bawah: https://www.change.org/war-against-diabetes-MY
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen ini, sila ikuti media sosial 'War Against Diabetes' rasmi di bawah:
Facebook: War Against Diabetes
Instagram: @wardiabetesMY
Twitter: @wardiabetesMY
Mengenai War Against Diabetes
War Against Diabetes adalah kempen revolusi diabetes di seluruh negara yang dianjurkan oleh Sanofi dan Selangor FC, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, Diabetes Malaysia dan Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia, untuk memberi inspirasi kepada orang ramai bagi mengambil tindakan terhadap pencegahan dan pengurusan diabetes. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang Diabetis, saringan awal, rawatan awal dan pengurusan penjagaan bersepadu Diabetis untuk mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik.
Mengenai GetInsulinRight
GetInsulinRight.My ialah platform e-pembelajaran pertama seumpamanya yang didedikasikan untuk memperkasakan rakyat Malaysia dengan pengetahuan tentang pengurusan Diabetis dengan insulin melalui satu siri modul pembelajaran dalam talian yang khusus mengenai pengurusan insulin. Sanofi Malaysia bekerjasama dengan Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES) untuk melancarkan platform www.GetInsulinRight.my sebagai sebahagian daripada kempen 'War Against Diabetes'.