SELANGOR FC
BERITA

Perkembangan Terkini: Piala Belia 2022

Mar 20, 2022 - FAS

Perkembangan terkini: Piala Belia 2022

Pasukan Belia Selangor kini menduduki tempat ketiga carta Kumpulan B saingan Piala Belia 2022 dengan berkongsi enam mata terkumpul bersama pasukan di kedudukan kedua.

Enam mata tersebut adalah daripada kemenangan kedua-dua perlawanan yang telah berlangsung baru-baru ini.

  • KL CITY FC 1-2 BELIA SELANGOR
  • BELIA SELANGOR 1-0 NEGERI SEMBILAN FC

Pasukan Piala Belia Selangor telah membuat ‘comeback’ daripada gol tunggal KL City FC di separuh masa pertama dengan menjaringkan dua gol pada minit ke-80 serta ke-82 perlawanan daripada Harry Danish dan Khairil Zain.

Khairil Zain telah menambah jumlah jaringan gol nya menentang Negeri Sembilan FC pada minit ke-82 perlawanan. Setakat ini, beliau telah menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan.

Walau bagaimanapun, pasukan bawah 19 tahun Selangor masih berbaki satu perlawanan untuk bulan Mac ini:-

  • 25/3/2022, 4.45pm: MELAKA UNITED FC vs BELIA SELANGOR

Selangor FC mengucapkan tahniah kepada pasukan Belia Selangor atas pencapaian setakat ini. Semoga dapat teruskan momentum kemenangan ini. Teruskan perjuangan!

Demi Kebanggaan!