SELANGOR FC
BERITA

RASMI : Fazly Mazlan Is RED!

Dec 26, 2021 - FAS

Fazly Mazlan hari ini secara rasminya diumumkan sebagai pemain terbaru Gergasi Merah untuk menghadapi saingan Liga Malaysia bagi musim 2022.
 
Anak kelahiran Klang yang bermain di posisi pertahanan kiri ini merupakan pemain pasukan Johor Darul Ta'zim FC (JDT) sejak tahun 2015 dengan 36 penampilan sebelum di pinjamkan ke Sri Pahang FC musim lalu bagi menguatkan lagi barisan pertahanan pasukan tersebut.

Fazly atau mesra dikenali sebagai BJ sejak dibangku sekolah, telah melakukan debut bersama pasukan senior Harimau Malaya pada November 2015 sewaktu usianya 21 tahun dan merupakan antara pemain muda yang berjaya membuat 15 penampilan pada ketika itu. 

Harapan beliau menjejak kaki ke kem Gergasi Merah adalah untuk mencapai misi yang sama bersama kelab dan berharap penyokong akan terus berikan sokongan jatuh bangun di sini.

"Selangor FC dan saya memiliki misi yang sama iaitu kami ingin menang sesuatu di sini, InshaaAllah saya akan buat yang terbaik untuk kelab ini bagi mencapai misi tersebut," nyata BJ tentang harapannya.

"Saya berharap para penyokong akan terus berikan sokongan kepada pasukan walaupun ketika kami jatuh kerana itu adalah pembakar semangat untuk kami terus berjuang," tambahnya lagi.

Selangor FC mengucapkan selamat datang kepada Fazly Mazlan ke laman Gergasi Merah. Semoga beliau dapat mengukuhkan barisan pertahanan pasukan Gergasi Merah untuk saingan Liga Malaysia musim ini.
 
Ayuh berjuang bersama Fazly!

Fazly merupakan pemain terbaru kelima yang diperkenalkan untuk membarisi pasukan utama selepas Selangor FC memperkenalkan Samuel Somerville, Yazan Al-Arab, Baha' Abdelrahman dan Zahril Zabri semalam.

Teruskan bersama media sosial Selangor FC untuk mendapatkan info-info terkini mengenai persediaan pasukan untuk musim hadapan.

Demi Kebanggaan!