The Red Giants

EN
MY
SELANGOR FC
BERITA

Pemain Selangor FC Mahu Mendapatkan Tempat Mereka Dan Membantu Malaysia Dalam Piala AFF Suzuki

Nov 28, 2021 - FAS

Malaysia too have been preparing for the 13th edition of the biannual tournament, with the centralised camp currently being held at Wisma FAM, Kelana Jaya by Malaysia head coach Tan Cheng Hoe.

Peminat bola sepak Malaysia boleh tarik nafas lega kerana tidak perlu tunggu lama untuk aksi bola sepak tempatan seterusnya memandangkan musim domestik Malaysia 2021 sudah menghampiri penghujungnya. Piala Suzuki AFF 2020 akan berlangsung awal bulan depan di Singapura, di mana pasukan Harimau Malaya akan menentang Kemboja, Laos, Vietnam dan Indonesia dalam Kumpulan B.

Edisi 2020 ini yang asalnya dijadualkan untuk main tahun lalu, sudah lama ditunggu-tunggu selepas ditunda kerana pandemik Covid-19.

Malaysia juga telah membuat persiapan untuk kejohanan dwitahunan edisi ke-13 ini, di mana kem berpusat diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya oleh ketua jurulatih Malaysia Tan Cheng Hoe.

Beliau telah memanggil 28 pemain untuk menyertai kem ini, sebelum akan disenarai pendekkan lagi skuad kepada 24 pemain sebelum kejohanan. Antaranya empat nama yang biasa kita kenali di Selangor FC yang bercita-cita untuk mencapai kegemilangan negara dan juga diri sendiri.

Mereka ialah penyerang Shahrel Fikri, penjaga gol Khairulazhan Khalid, pemain tengah Mukhairi Ajmal, serta pemain pertahanan Quentin Cheng. Mereka akan bersaing untuk merebut tempat dalam skuad 24 pemain terakhir yang akan berlepas ke Singapura pada 3 Disember. Sementara itu, pemain pinjaman Rodney Celvin yang kini berada di Kedah DA telah diletakkan dalam senarai ‘standby’  bersama dua pemain dari kelab lain.

Kemasukan empat pemain Gergasi Merah ini memberi bayangan falsafah pemilihan pemain Cheng Hoe, di mana dia berusaha untuk menggabungkan pemain berpengalaman dengan pemain muda. Walaupun Shahrel dan Khairulazhan sudah pun membuat penampilan dengan pasukan kebangsaan, Mukhairi dan Quentin adalah pemain yang baru sahaja membuat penampilan sulung untuk Harimau Malaya.

Dalam kes Shahrel, ini adalah peluangnya untuk kembali ke pasukan kebangsaan selepas 2019. Walaupun Malaysia tidak bermain pada 2020, dia terlepas perlawanan awal tahun ini kerana kecederaannya. Pemain berusia 27 tahun itu telah kembali sembuh tepat pada masanya untuk membantu Selangor FC dengan menjaringkan satu gol dalam perjalanan menuju ke suku akhir piala dan kini telah dimasukkan dalam senarai awal.

"Walaupun saya telah pulih sepenuhnya, saya perlu bekerja lebih keras untuk kembali ke tahap prestasi saya sebelum ini. Saya sangat berterima kasih kepada jurulatih kerana meletakkan keyakinan mereka kepada saya dengan memanggil saya. Skuad akhir belum dimuktamadkan tetapi saya percaya kita semua di latihan berpusat ini layak bermain untuk negara.

"Jika saya dipilih, objektif peribadi saya adalah untuk berada dalam kesebelasan utama Malaysia, walaupun saya baru pulih," jelas penyerang itu.

Bagi Quentin pula, ia adalah satu lagi langkah ke hadapan untuknya. Walaupun penampilannya dalam kekalahan 4-0 dalam perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Jordan pada Jun lalu hanyalah penampilan pertamanya di peringkat antarabangsa senior, namun beliau telah mencapai banyak kejayaan tahun ini.

Tempoh pinjaman di Penang FC menyaksikan pemain berusia 22 tahun itu bermain dalam semua perlawanan Liga Super mereka untuk menamatkan saingan di tempat ketiga, dan kemudiannya beliau membantu pasukan junior Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2021, bermain dalam ketiga-tiga pertemuan kelayakan kumpulan.

"Saya sangat gembira dengan tahun ini; disebabkan tujuan saya pergi ke Pulau Pinang adalah untuk mendapatkan minit permainan dan juga pengalaman Liga Super dan saya rasa saya berjaya mencapainya. Saya bermula dalam semua 22 perlawanan liga untuk mereka, yang tidak mudah kerana jadual perlawanan yang sesak dalam musim Covid. Saya juga gembira dan berbesar hati kerana membuat penampilan sulung saya untuk pasukan kebangsaan senior, membuatkan ibu bapa saya juga sangat gembira, dan kemudian membantu Malaysia B-22 layak ke Uzbekistan tahun depan. Ia adalah tahun yang baik untuk saya.

"Sasaran terdekat saya buat masa ini adalah untuk bekerja keras supaya dapat masuk ke dalam senarai skuad akhir 24-pemain yang agak sukar, dan kemudian jika saya pergi ke Singapura, saya mahu membanggakan negara dan mendapat masa permainan sebanyak mungkin, manfaatkan sepenuhnya peluang yang diberi untuk tampil dan mewakili Malaysia," kata bek kanan yang kepulangannya ke kelab ini telah diumumkan awal minggu ini.

Kedua-duanya turut ditanya mengenai peluang Malaysia untuk melangkah ke peringkat akhir dan keduanya menjawab bahawa mereka yakin dengan kualiti pasukan kebangsaan.

"Saya percaya kami boleh mara ke peringkat akhir jika setiap pemain melakukan yang terbaik untuk negara," jawab Shahrel.

"Walaupun kumpulan kami tidak mudah, secara jujur saya percaya kami mempunyai peluang yang baik kerana kami mempunyai kualiti. Kami boleh mara ke separuh akhir tetapi kami perlu menghadapinya dari satu perlawanan demi satu perlawanan untuk layak ke peringkat kalah mati," jawab pemain itu yang dilahirkan di Australia.

Selamat maju jaya buat pemain Gergasi Merah yang kini sedang menjalani latihan berpusat untuk Harimau Malaya, semoga mereka semua berjaya dan seterusnya mengharumkan nama negara serta Selangor FC.

Oleh Zulhilmi Zainal