SELANGOR FC
BERITA

Penyokong Selangor FC Juga Boleh Menentukan Keputusan ABK 2021

Nov 28, 2021 - FAS

Menjelang Anugerah Bolasepak Kebangsaan atau ABK edisi kali ini, Selangor FC berharap dapat memperoleh sokongan daripada penyokong-penyokong setia kami untuk turut serta dalam proses pengundian.

Acara yang dianjurkan setiap tahun oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) tahun ini akan merangkumi pemilihan untuk Fan XI, di mana penyokong dari kelab Liga Super dan Liga Perdana boleh mengundi untuk sebelas pemain terbaik dari dua peringkat teratas Malaysia, di samping bebebrapa kategori lain. 

Barisan pemain bintang Selangor FC dari pasukan utama dan skuad simpanan juga telah disenaraikan untuk pengundian, dan kelab ini kini menyeru penyokong setia kami untuk sekali lagi menghasilkan sokongan padu secara dalam talian bagaimana yang dipamerkan di stadium musim ini. 

Terdapat 10 kategori untuk membuat undian seperti Ketua Jurulatih Terbaik, Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Import Terbaik. Beberapa kategori ini dibahagikan untuk pemain tempatan dan untuk pemain import, jadi kesetiaan anda tidak perlu dibelah bahagi!

Sebagai contoh, pemain Malaysia pasukan pertama kami iaitu Halim Saari, Aliff Haiqal, Brendan Gan, K. Sarkunan, Mukhairi Ajmal, Nik Sharif, Nor Hakim Hassan, Syahmi Safari dan Wan Zack Haikal (pasukan pertama) telah disenaraikan di bawah Pemain Tengah Tempatan Terbaik bersama dengan rakan sejawatan Selangor FC 2 mereka, manakala Oliver Buff dan Alexander Agyarkwa disenaraikan untuk diundi dalam kategori Pemain Tengah Import Terbaik. Anda boleh mengundi di sini.

Lebih mengujakan ialah kemasukan dua kategori; Pemain Import Terbaik (Asia) dan Pemain Muda Terbaik (Bawah 21 tahun). Kategori pertama tersebut mencalonkan Ifedayo Olusegun, yang memenangi Kasut Emas Liga Super 2021 bersama kelab ini, manakala kategori berikutnya telah menyenaraikan penyerang kami Ahmad Danial Asri, yang menjaringkan enam gol musim ini.


Undian untuk FAN XI ABK 2021 boleh dibuat sehingga 11:59 malam pada 28 November, malam ini, jadi buatlah undian dengan segera untuk pemain-pemain kami yang telah bekerja keras sepanjang musim. Apabila kali terakhir disemak, didapati hanya lima peratus undian yang datang daripada oleh peminat Selangor, peratusan yang dilihat terlalu rendah dan tidak setanding dengan  jumlah fanbase Selangor FC yang sebenarnya besar.

Undian ABK2021 ini dapat memberi peluang kepada semua penyokong Selangor FC untuk mengiktiraf kerja keras yang telah diberi oleh pemain-pemain kita yang juga termasuk pemain muda yang pasti akan menghargai sokongan anda.

Keputusan untuk FAN XI dan kesemua kategori utama akan diumumkan dalam acara ABK 2021, yang akan diadakan secara maya pada 4 Disember. Hantar undi anda di sini.