SELANGOR FC
BERITA

Suku Akhir Piala Malaysia: Perjalanan Kita Setakat Ini

Nov 12, 2021 - FAS

Selangor FC berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir TM Piala Malaysia 2021 selepas menduduki tempat kedua dalam kumpulan B dengan 12 mata terkumpul.

Imbas kembali keputusan semua perlawanan peringkat kumpulan TM Piala Malaysia 2021:

PM1: Selangor FC 1-0 Perak FC (jaringan penalti Ifedayo Olusegun)
PM2: Terengganu FC 2-1 Selangor FC (jaringan Ashmawi Yakin)
PM3: Selangor FC 5-1 Kuching City FC (baca reviu perlawanan: https://bit.ly/3Fd81tE )
PM4: Kuching City FC 1-2 Selangor FC (baca reviu perlawanan: https://bit.ly/3kvnQDV )
PM5: Selangor FC 1-3 Terengganu FC (baca reviu perlawanan: https://bit.ly/3Fd83Si )
PM6: Perak FC 1-2 Selangor FC (baca reviu perlawanan: https://bit.ly/3D9cuwA )

Gergasi Merah telah mengesahkan tiket ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Kuching City FC 2-1 hasil jaringan sulung Nik Sharif Haseefy pada minit-minit akhir permainan dalam perlawanan keempat saingan TM Piala Malaysia 2021 di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin pada 3 November lalu.

Kemudian, kedudukan juara dan naib juara kumpulan ditentukan pada perlawanan kelima kumpulan di mana Selangor FC terpaksa akur apabila tewas kepada Terengganu 3-1 dan mengesahkan Gergasi Merah sebagai naib juara kumpulan B dengan perbezaan enam mata.

Sebaik sahaja tamat perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Selangor FC disahkan berdepan Kuala Lumpur City FC, juara kumpulan A pada 14 November ini sebagai tuan rumah untuk perlawanan pertama.

Selangor FC mengucapkan terima kasih kepada para penyokong yang sentiasa hadir memberikan sokongan dan menjadi pemain ke-12 Gergasi Merah, baik di Stadium MBPJ, atau sewaktu perlawanan di tempat lawan.

Ayuh Gergasi Merah, teruskan meneruskan sokongan demi sebuah kebanggaan.

Dapatkan tiket perlawanan suku akhir TM Piala Malaysia 2021, Selangor FC bertemu Kuala Lumpur City FC anda sekarang di: http://bit.ly/BuyTicketSELKLC

Demi Kebanggaan!