SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2011
    • Prestasi 2011
    • Statistik 2011
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Pengenalan

Stadium Shah Alam

Stadium Shah Alam dirasmikan pada 16 Julai 1994. Berharga RM460 juta ringgit, stadium ini merupakan sebahagian daripada Kompleks Sukan Shah Alam yang turut merangkumi Stadium Melawati (stadium tertutup). Berkapasiti 80 000 orang penonton, Stadium Shah Alam merangkumi keluasan sebanyak 155 000 kaki persegi dan dilengkapi dengan dua scoreboard gergasi Omega and Mitsubishi Mark III.

Stadium Shah Alam dirasmikan oleh Sultan Selangor dalam upacara gilang-gemilang diikuti Kejohanan Bola Sepak Jemputan Antarabangsa Mitsubishi yang disertai oleh Pilihan Selangor, Bayern Munich, Dundee United, Leeds United, Flamengo dan skuad kebangsaan Australia.

Pasukan Pilihan Selangor dan Dundee United diberi penghormatan untuk bermain dalam perlawanan sulung Stadium Shah Alam yang berkesudahan seri 1-1. William McKinlay (Dundee United) mencipta sejarah sebagai pemain pertama menjaringkan gol di stadium ini.

Perlawanan sulung Liga Malaysia yang dimainkan di stadium ini adalah pada 30 Julai 1994 apabila Selangor beraksi menentang Perlis yang berakhir dengan keputusan 3-3.

Semenjak penubuhannya, stadium ini pernah menerima kunjungan pasukan berstatus antarabangsa seperti Ferencvarous F.C. (Hungary), Goldstar F.C. (Korea), dan Manchester United F.C. (England) manakala antara pemain bntang yang pernah beraksi di sini adalah Jean-Pierre Papin, Dietmar Hamann (Bayern Munich), Bruce Grobbelaar (Pilihan Selangor), Gordon Strachan (Leeds) dan David Beckham (Manchester Utd).

Stadium Shah Alam menjadi gelanggang utama skuad kebangsaan dan venue perlawanan akhir Piala Malaysia dari 1994 sehingga 1997 sehingga Stadium Bukit Jalil mengambil-alih status sebagai stadium utama tanahair.

Tweet
Share
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required