SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2011
    • Prestasi 2011
    • Statistik 2011
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Selangor 2 PKNS FC 0

Rabu, 17 Februari 2010 08:08 SELANGORFC.COM

Pertahanan Selangor Razman Roslan menghalang cubaan pemain PKNS Khairi Zainuddin Di atas kertas, pertemuan pertama pusingan kedua Piala FA di antara Selangor dan PKNS malam tadi ibarat pertembungan adik-beradik berikutan sejarah, lokaliti dan kehadiran ramai bekas pemain 'si abang' dalam skuad 'si adik' namun ternyata ia bukan bermakna skuad Gergasi Merah diberi laluan mudah apabila hanya mampu mencatat keputusan 2-0 ke atas lawan dari Liga Premier tersebut.

PKNS dibimbing oleh bekas jurulatih Selangor Haji Abdul Rahman Ibrahim dan dibantu Anuar Abu Bakar serta kesebelasan utama yang dibarisi bekas pemain senior Selangor (Fadhil Hashim, 2004-2007; Fairuz Montana Zainal Abidin, 2003-2007; K Premananthan, 2008; dan Aizulridzwan Razali 2006-2007), bekas pemain Piala Presiden dan SUKMA Selangor (Hairul Nizam Hanif yang kemudiannya disertai dua pemain gantian Fitri Omar dan Alafi Mahmud) serta penjaga gol pinjaman yang beraksi untuk Selangor dalam kempen Piala Malaysia 2006, Saiful Amar Sudar.

Tanpa sebarang aksi selama hampir 14 hari setelah mendapat bye pada pusingan pertama ternyata menambah sukar skuad tuan rumah untuk mencari rentak permainan berhadapan lawan yang ternyata bersemangat untuk membuat kejutan apabila beraksi kental berkejar ke setiap sudut padang untuk menyukarkan Selangor.

Penonton nyata resah dengan aksi longlai Selangor dan dipaksa menunggu sehingga ke pertengahan babak pertama untuk menyaksikan percubaan berbahaya pertama skuad Gergasi Merah itu tetapi tandukan Amirulhadi Zainal hasil hantaran Safiq Rahim dari sebelah kanan hanya sekadar menyinggah di palang gol lawan di saat Saiful Amar Sudar sudahpun tertewas.

Sepuluh minit kemudian, giliran Safiq untuk menguji gawang lawan tetapi percubaannya ketika hanya berhadapan Saiful Amar sekadar tersasar sedikit ke sebelah kiri pintu gol.

Ketika lawan berkira-kira untuk masuk ke bilik persalinan dengan keputusan 0-0, penyerang Selangor yang beraksi di posisi sayap kiri Farderin Kadir mempunyai idea sebaliknya pada minit ke-43. Menerima bola di penjuru kotak penalti lawan, Farderin melarikan bola ke tengah sebelum melepaskan rembatan dengan kaki kiri di celah-celah pertahanan lawan sekaligus menewaskan Saiful Amar untuk Selangor mendahului 1-0.

Separuh masa kedua menjadi milik Selangor sepenuhnya apabila PKNS dilihat lebih banyak bertahan namun kesempatan tersebut tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh barisan pemain tuan rumah apabila tiada peluang yang benar-benar menguji barisan pertahanan lawan.

Keadaan ini memaksa jurulatih Selangor, K. Devan membuat beberapa pertukaran bagi menambah sengat barisan serangan dengan membawa masuk supersub, R. Surendren menggantikan Safee Sali sebelum Asrarudin Putra Omar dan Rudie Ramli turut dimasukkan kemudiannya bagi menggantikan Amri Yahyah dan Amirulhadi Zainal.

Namun PKNS pula yang hampir mengejutkan Selangor apabila secara tiba-tiba hasil serangan balas pantas, sepakan deras Premananthan hampir menembusi gawang Selangor namun berjaya dihalang oleh penjaga gol, Mohd Hamsani Ahmad.

Ketika permainan hanya berbaki tiga minit, Selangor berjaya mendapatkan gol yang dicari menerusi Surendren yang berjaya menanduk masuk hantaran lintang Safiq dari sebelah kanan sekaligus membawa bekal sedikit selesa untuk bertandang ke Stadium MBPJ Kelana Jaya Sabtu ini untuk perlawanan kedua.

SELANGOR: 21-Mohd Hamsani Ahmad, 3-Mohd Razman Roslan, 5-Khairul Anuar Baharom, 6-Mohd Nasriq Baharom, 15-P.Gunalan, 20-Mohd Amirulhadi Zainal (4-Mohd Asraruddin Putra Omar), 8-Safiq Rahim, 14-Mohd Hardi Jaafar, 7-Farderin Kadir, 17-Mohd Amri Yahyah (9-Rudie Ramli), 10-Mohd Safee Sali (23-R.Surendren). PKNS: 1-Saiful Amar Sudar, 9-P.Rajes, 5-Khairi Zainuddin, 15-Hairul Nizam Haniff, 4-Mohd Fadhil Hashim, 23-Azrif Nasrulhaq Badrul, 8-Fairuz Montana Zainal Abidin (18-Fitri Omar), 12-K.Premananthan (14-G.Mahathevan), 3-Aizulridzwan Razali, 24-Khairul Akhyar Husain (10-Alafi Mahmud), 11-Zamri Hassan.
Tweet
Share
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required