SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2011
    • Prestasi 2011
    • Statistik 2011
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Victory SC 2 Selangor 1

Khamis, 25 Mac 2010 01:00 SELANGORFC.COM

Nasriq Baharom, Khairul Anuar dan Amirulhadi Zainal masing-masing menerima kad merahHarapan Selangor untuk mara ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala AFC tampak sukar apabila tewas 1-2 kepada kelab Maldives, Victory SC dalam perlawanan Kumpulan F di Stadium Nasional Male, Maldives petang tadi.

Biarpun terpaksa bermain dengan hanya 8 pemain di penghujung perlawanan, Selangor seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila gagal memanfaatkan penguasaan perlawanan dan peluang yang terhidang.

Tanpa ketua pasukan, Mohd Amri Yahyah yang digantung perlawanan apabila menerima kad merah ketika tewas kepada Sriwijaya dalam aksi terdahulu, jurulatih Selangor K Devan meletakkan Rudie Ramli bagi menggantikan tempat beliau.

Aksi goyah Victory SC yang berstatus semi profesional hampir membolehkan Selangor mendahului seawal minit ke-2 menerusi penyerang Mohd Safee Sali namun percubaannya digagalkan penjaga gol tuan rumah, Mohamed Faisal.

Sebaliknya tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-16 apabila percubaan Ibrahim Fazeel diselamatkan penjaga gol Selangor Hamsani Ahmad namun bola muntah itu pantas disambar Mukhtar Nasser untuk menolak masuk.

Beberapa minit kemudian Victory hampir menggandakan jaringan namun Hussain Simaz dikatakan berada dalam kedudukan ofsaid setelah menerima tolakan cantik Mukhtar.

Percubaan dari pemain tengah Selangor, Hardi Jaafar pula sedikit tersasar melepasi palang tatkala Victory lebih banyak bertahan seterusnya membolehkan kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Sebaik sahaja wisel separuh masa kedua dibunyikan, Selangor pantas menyerang mencari gol penyamaan.

Hasilnya, pemain sayap Amirulhadi Zainal menyempurnakan tolakan Hardi untuk menewaskan Faisal dari jarak dekat untuk kedudukan 1-1 pada minit ke-47.

Kegembiraan Selangor bagaimanapun tidak kekal lama apabila terjahan keras Nasriq Baharom dua minit kemudian menyebabkan beliau dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Chinese Taipei, Yu Ming Hsun.

Beraksi dengan 10 pemain tidak membantutkan permainan Selangor yang berpeluang menambah jaringan namun percubaan Safee pada minit ke-53 tersasar sebelum percubaan beliau seminit selepas itu sekali lagi digagalkan Faisal.

Minit ke-76, Safee akhirnya berjaya memasukkan bola ke dalam gawang namun usahanya itu dibatalkan pengadil berikutan berada dalam posisi ofsaid.

Namun minit ke-79 pemain gantian Hussain Niyaz kembali meletakkan tuan rumah di hadapan apabila menyudahkan hantaran lintang dari Fazeel.

Dua minit kemudian, Amirulhadi yang telah pun mengutip satu kad kuning menerima kad kuning keduanya seterusnya terpaksa meninggalkan padang.

Harapan Selangor untuk bangkit musnah sama sekali apabila Khairul Anuar Baharum pula menyusul jejak langkah Nasriq dan Amirulhadi apabila menerima kad merah hasil kekasarannya terhadap Hussain Simaz.

VICTORY SC: Mohamed Faisal, Afiu Mohamed Hamid (Hassan Adhuham), Jameel Mohamed, Ahmed Shafiu (Ismail Easa), Ibrahim Sinaz, Ali Shareef, Sabah Mohamed Ibrahim, Mohamed Sifan, Mukhtar Naseer (Hussain Niyaz Mohamed), Hussain Simaz, Ibrahim Fazeel

Mukhtar Nasser 16, Hussain Niyaz 79

Jameel Mohamed, Hussain Simaz, Ibrahim Fazeel

SELANGOR: Mohd Hamsani Ahmad, Mohd Razman Roslan (D. Surendran), Khairul Anuar Baharom, Mohd Nasriq Baharom, P Gunalan, Safiq Rahim, Mohd Bunyamin Umar, Mohamad Hardi Jaafar, Mohd Amirulhadi Zainal, Rudie Ramli (R. Surendren), Mohd Safee Mohd Sali (Mohd Asraruddin Putra Omar)

Mohd Amirulhadi Zainal 47

Mohd Razman Roslan, Mohd Amirulhadi Zainal, Khairul Anuar Baharom

Mohd Nasriq Baharom, Mohd Amirulhadi Zainal, Khairul Anuar Baharom

Tweet
Share
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required