SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2011
    • Prestasi 2011
    • Statistik 2011
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Selangor 0 Sriwijaya 4

Khamis, 29 April 2010 04:51 SELANGORFC.COM
Aksi pemain Sriwijaya, Richard Obiora menanduk tinggi sambil diperhatikan dua pemain Selangor, Razman Roslan dan Nasriq Baharom

Episod malang Selangor dalam saingan Piala AFC berterusan apabila mudah ditundukkan wakil Indonesia, Sriwijaya FC 0-4 dalam perlawanan terakhir Kumpulan F di Stadium Shah Alam malam tadi.

Dua jaringan penyerang St Kitts & Nevis yang juga bekas penyerang import Sabah di samping gol oleh Richard Obiora dan Ponaryo Astaman memastikan Sriwijaya mara ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan mengatasi wakil Vietnam, Binh Duong menerusi perbezaan jaringan.

Terkeluar dari saingan ke peringkat seterusnya setelah tewas kepada Binh Duong minggu lalu, jurulatih Selangor K. Devan mengambil kesempatan untuk merehatkan beberapa pemain utama lantas memberi peluang kepada dua bekas pemain Kuala Muda Naza, Farderin Kadir dan Liew Kit Kong untuk mengepalai barisan serangan.

Lima belas minit pertama menyaksikan barisan kedua Selangor terlebih dahulu menguasai perlawanan dan memperolehi empat sepakan sudut. Malah dalam tempoh itu, tuan rumah hampir mengejutkan Sriwijaya menerusi dua percubaan jarak jauh Safiq Rahim.

Skuad pelawat hanya memperolehi kesempatan pertama menerusi percubaan Gumbs pada minit ke-15 namun berjaya ditepis keluar penjaga gol Selangor, Mohd Iqbal Suhaimi.

Sedikit demi sedikit Sriwijaya mula kembali menemui rentak dan minit ke-26, gol pertama mereka hadir menerusi Gumbs yang berlari pantas menerima hantaran cantik Obiora untuk mudah memperdaya Iqbal.

Empat minit kemudian, giliran Ponaryo untuk menguji Iqbal namun sepakannya berjaya diselamatkan.

Pada minit ke-40, pelawat menjadikan kedudukan 2-0 apabila sepakan deras Obiora dari jarak 30 meter menewaskan sama sekali Iqbal.

Separuh masa kedua tidak menyaksikan sebarang perubahan corak permainan apabila hantaran-hantaran kurang kemas Selangor mudah dipatahkan lawan.

Gumbs memperolehi dua peluang keemasan masing-masing pada minit ke-52 dan 54 namun gagal disudahkan dengan baik.

Pada minit ke-61 Devan mengambil keputusan untuk mengeluarkan Safiq dan memasukkan Hardi Jaafar bagi mengekang barisan tengah lawan yang dikepalai bekas rakan sepasukannya di Telekom Melaka dahulu, Ponaryo.

Selangor berpeluang merapatkan jurang apabila sepakan kencang Mohd Fitri Shazwan dari luar kotak penalti berjaya ditepis keluar penjaga gol Sriwijaya, Feri Rotin Sulu.

Sepuluh minit sebelum perlawanan berakhir, Sriwijaya akhirnya menambah jaringan apabila hantaran Gumbs mudah disudahkan Ponaryo yang tidak dikawal untuk kedudukan 3-0.

Seminit sebelum perlawanan berakhir, gawang Selangor bocor lagi apabila Gumbs sekali lagi dibiarkan berseorangan untuk mudah memperdayakan Iqbal untuk gol keempat perlawanan.

SELANGOR: Mohd Iqbal Suhaimi, Mohd Razman Roslan, Mohd Nasriq Baharom, Mohd Zaiza Zainal Abidin, Mohd Asraruddin Putra Omar, Farderin Kadir (Mohd Amirulhadi Zainal), Safiq Rahim (Mohamad Hardi Jaafar), Mohd Bunyamin Umar, Mohd Fitri Shazwan Raduwan, Azrine Efendy Sa'duddin, Liew Kit Kong (R.Surendren)

SRIWIJAYA FC: Feri Rotin Sulu, Charis Yulianto, Ambrizal, Slamet Riyadi, Marthen Christian Worabai, Tony Sucipto (Sulaiman Alamsyah Nasution), Mohammad Nasuha (Arif Suyono), Krangar Zah, Ponaryo Astaman, Anorue Obiora Richard (Rachmat Maruf Rivai), Keith Gumbs

Keith Gumbs 27, 90, Richard Obiora 42, Ponaryo Astaman 82

Ponaryo Astaman 55

Tweet
Share
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required