SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
    • 2012
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2012
    • Prestasi 2012
    • Statistik 2012
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Selangor 1 Manchester Utd 4

Selasa, 01 Ogos 1995 23:29 SELANGORFC.COM

Pemain jemputan Selangor Alan Davidson cuba menghalang kemaraan pemain tengah Manchester United, Roy Keane | Gambar Koleksi SELANGORFC.COMGergasi bola sepak Inggeris, Manchester United tidak memerlukan barisan penuh bintang dalam memberi tunjuk ajar bola sepak kepada pasukan Pilihan Selangor apabila menang mudah 4-1 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Dua gol masing-masing dari ketua pasukan, Steve Bruce dan Gary Pallister hasil sepakan sudut, Nicky Butt yang mengambil kesempatan di atas kesilapan pertahanan dan ledakan kencang Lee Sharpe memastikan United selesa mendahului secara agregat dalam perlawanan persahabatan dua pusingan merebut Piala Jemputan Glamoir. Perlawanan kedua akan berlangsung malam esok.

Satu-satunya pengubat duka buat Selangor pastinya gol tunggal jaringan pemain jemputan, Scott Ollerenshaw yang menewaskan penjaga gol antarabangsa Denmark, Peter Schmeichel pada minit ke-79.

Tanpa kehadiran trio bintang United; Ryan Giggs, Eric Cantona dan pemain bernilai 7 juta pound sterling, Andy Cole mungkin penyebab bagi kehadiran kurang memberangsangkan 51,286 penonton di stadium yang boleh memuatkan 80,000 orang.

United turun dengan jersi baru berwarna kelabu buat pertama kalinya manakala pilihan Selangor memakai jersi tradisional berwarna merah dan berkolar kuning.

Namun gabungan faktor skuad Red Devils yang kelihatan kurang selasa dek cuaca panas Malaysia, dan Selangor yang tidak mampu menyaingi kemahiran individu lawan menjadikan perlawanan berlangsung hambar dan perlahan.

Tanpa sebarang gerakan menarik, kecuali sesekali larian pantas Sharpe di sebelah sayap kiri memastikan separuh masa pertama tamat tanpa sebarang jaringan dapat dihasilkan.

Namun skuad pelawat tampil berbeza di separuh masa kedua.

Baru sahaja tiga minit perlawanan dimulakan, ketua pasukan United, Bruce mudah menanduk masuk sepakan sudut Sharpe menewaskan V. Murugan di gawang Selangor.

Minit ke-55, giliran Nicky Butt menambah jaringan apabila bijak memintas hantaran ke belakang dari pemain jemputan Selangor, Alan Davidson sebelum memperdaya Murugan.

United terus selesa apabila pemain tinggi lampai Pallister menanduk masuk pada minit ke-64, juga menerusi sepakan sudut.

Sharpe menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke-76 apabila sepakan kencang kaki kirinya betul-betul di hujung kotak penalti menewaskan Murugan.

Ollerenshaw kemudiannya menjaringkan gol saguhati tuan rumah apabila memerangkap Schmeichel tiga minit kemudian menerusi sepakan dari sebelah kiri kotak penalti yang terkena tiang gol sebelah kanan sebelum mencecah jaring.

SELANGOR: 23. V Murugan, 2. Alan Davidson, 4. Mehmet Durakovic, 5. K Gunalan, 6. P Maniam, 16. Ismail Ibrahim, 7. Shahril Arsat, 8. Josip Biskic, 12. K Sanbagamaran, 10. David Mitchell, 20. Scott Ollerenshaw

Pemain Gantian: 3. Abdul Talib Sulaiman, 9. Rusdi Suparman, 18. V. Yogeswaran

MANCHESTER UNITED: 1. Peter Schmeichel, 2. Paul Parker, 3. Denis Irwin, 4. Steve Bruce, 5. Lee Sharpe, 6. Gary Pallister, 7. Brian McClair, 8. Roy Keane, 9. Nicky Butt, 10. Paul Scholes, 11. Gary Neville

Pemain Gantian: 12. David Beckham, 14. Terry Cooke, 15. Phil Neville

Tweet
Share
Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required