Hamsani Ahmad
Penjaga Gol
Nama Penuh
Mohd Hamsani bin Ahmad
Lahir
25 Februari 1976, Kg Tebing Tinggi, Labu, Negeri Sembilan
Pasukan Terdahulu
Telekom Melaka, Negeri Sembilan, Perak
Penampilan Pertama
Kedah (a)
Liga Super, 3 Januari 2009
menang 4-1
Gol Pertama
-
-
-
Peribadi
Berketinggian 176sm dan berat 73kg. Nama panggilan Boted
Karier
1992: Mewakili Negeri Sembilan pada November 02 dalam Kejohanan FAM/MSSM/Milo bawah 18 tahun di Seremban ... tewas kepada Kuala Lumpur 0-4 di suku akhir
1993: Membantu skuad Bawah 18 Malaysia mendapat tempat keempat di Kejohanan Bola Sepak Sekolah Asia Bawah 18 di Colombo, Sri Lanka ... Mewakili Negeri Sembilan dalam kejohanan Piala Razak di Kuala Lumpur pada November 03
1994: Mewakili Skuad Liga Simpanan Negeri Sembilan ... Membuat penampilan pertama dalam skuad senior Negeri Sembilan pada 23 Julai, namun berakhir dengan kekecewaan apabila Negeri Sembilan tewas 6-4 kepada Selangor dalam perlawanan terakhir skuad Gergasi Merah itu di Stadium Merdeka sebelum berpindah ke Shah Alam
1995: Berhijrah ke Telekom Melaka yang beraksi dalam Piala FAM
1996: Membantu Telekom Melaka beraksi dalam Piala FA namun terkeluar di pusingan pertama kepada Tentera
1997: Diserap ke dalam skuad Piala Emas Raja-Raja Melaka pada Februari ... Dilamar pasukan skuad Liga Perdana Melaka namun mencipta kontroversi apabila beliau beserta lapan pemain lain enggan menandatangani kontrak yang dirasakan tidak adil sebelum akhirnya kesemua mereka memohon maaf dan menurunkan tandatangan ... Membantu Melaka mara ke suku akhir Piala FA sebelum tewas kepada Sarawak ... Nasib malang Hamsani ketika bertemu Selangor berterusan apabila melepaskan 5 gol ketika Melaka tewas kepada Selangor 5-1 di Stadium Shah Alam pada 29 April 1997 ... Mengalami kecederaan dalam perlawanan menentang Kelantan pada 19 Julai yang memaksanya berehat selama hampir sebulan sebelum kembali beraksi ketika menentang Perlis pada 16 Ogos
1998: Kembali mewakili skuad Perdana Satu Negri Sembilan
1999: Mewakili Malaysia ke Kejohanan Bola Sepak Pantai Dunia Ke-5 di pantai terkemuka Copacabana, Rio de Janerio, Brazil ... Banyak memanaskan bangku simpanan skuad Hobin di belakang penjaga gol kebangsaan Azmin Azram Aziz
2000 - Beraksi cemerlang dalam perlawanan awal musim buat mengenepikan penjaga gol utama Mohd Yazid Mohd Yasin menjaga gawang Negeri Sembilan ... Beraksi dalam perlawanan terakhir musim ketika Negeri Sembilan tewas 0-2 kepada Selangor di Stadium Paroi sekaligus menyaksikan pasukan pelawat itu menjulang Piala Liga ... Membantu Negeri Sembilan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia namun tewas 0-2 kepada Perak membuatkan penantian 52 tahun Negeri Sembilan untuk menjulang piala itu berterusan ... Menerima insentif duit raya dari PBNS hasil musim cemerlang sebanyak RM20,000 seorang, bersama-sama ketua pasukan, Khairul Anuar Baharom dan dua penyerang utama, Azman Adnan dan Effendi Malek.
2001: Gagal dalam ujian kecergasan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menjelang permulaan musim sebelum lulus dalam ujian kedua beberapa hari kemudian ... Kecewa apabila beliau dan skuad Negeri Sembilan dibelasah skuad Pahang 6-2 dalam aksi sulung Perdana Satu di Stadium Darulmakmur ... Sekali lagi diaibkan pasukan bertaraf amatur, JKR Kelantan pada peringkat suku akhir Piala FA dengan agregat 3-2
2002: Berubah angin apabila menerima tawaran menjadi penjaga gol Perak ... Membuat penampilan pertama dengan skuad Seladang pada 26 Januari 2002 namun berakhir dengan kekecewaan apabila tewas 1-0 di Stadium Pasir Gudang ... Penampilan pertama di Stadium Perak pula lebih ceria apabila berjaya mencipta clean sheet ketika Perak menewaskan Terengganu 1-0 pada 2 Februari ... Malang menimpa apabila beliau terpaksa berehat panjang ketika Perak menumpaskan Perlis 1-0 di Stadium Utama Negeri, Kangar, pada 23 Februari apabila beliau mengalami patah tangan kiri dan terpaksa menjalani pembedahan empat jam di Hospital Pantai Kuala Lumpur ... Kecederaan tersebut memaksa beliau hanya mampu menyaksikan Perak menjulang Piala Liga Perdana dan menjadi naib juara Piala FA
2003: Kembali bersaing dengan Tay Sin Kiat setelah pulih sepenuhnya dari kecederaan bagi menyarung jersi nombor satu Perak ... Beraksi cemerlang pada perlawanan sulung Liga apabila seri 1-1 dengan Telekom Melaka pada 15 Februari di Stadium Perak ... Terus cemerlang apabila hanya melepaskan satu gol dalam 10 perlawanan liga bersama pasukan Seladang ... Membantu Perak ke peringkat separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Kelab Asean sebelum tumpas 3-1 kepada BEC Tero Sasana dari Thailand di Stadium Senayan Jakarta pada 24 Julai ... Kekecewaan tersebut diubati apabila Perak menjulang Piala Liga Perdana ... Perjuangan Perak dalam aksi Piala Malaysia sekali lagi berakhir di peringkat separuh akhir setelah tewas mengejut kepada Sabah dengan agregat 2-4 ... Menyelamatkan dua sepakan penalti ketika Perak mara ke perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Jemputan Piala JVC-LG Vietnam selepas mengenepikan pasukan kebangsaan Bawah 23 Vietnam 4-2 melalui sepakan penalti di Hanoi pada November sebelum tewas kepada juara Vietnam Song Lan Nge dalam perlawanan akhir
2004: Membuat keputusan awal untuk kembali mewakili Negeri Sembilan namun berubah fikiran dan kekal bersama skuad Seladang menghadapi Liga Super... Dipilih oleh jurulatih sementara kebangsaan K Rajagopal untuk perlawanan persahabatan menentang Jepun di Kashima pada 7 Februari ... Menggantikan Azmin Azram pada separuh masa setelah Malaysia ketinggalan 0-4 sebelum beraksi cemerlang menidakkan tambahan gol dari tuan rumah ... Namun pada 18 Februari melakukan kesilapan mengakibatkan Malaysia kecundang 1-3 kepada Hong Kong pada pertemuan sulung kempen kelayakan Pra- Piala Dunia 2006 Kumpulan Empat di Stadium Darul Makmur ... Mengalami kecederaan hamstring ketika Perak menang 2-1 ke atas Happy Valley dalam saingan Piala AFC pada 25 Februari ... Membantu Perak layak ke suku akhir Piala AFC sebelum tewas kepada Geylang United dari Singapura ... Menjulang Piala FA bersama Perak
2005: Membantu Perak menjadi naib juara Piala FA setelah tewas 2-4 kepada Selangor dan mara ke perlawanan separuh akhir Piala Malaysia setelah tewas kepada Perlis
2006: Mengalami kecederaan ketika perlawanan pra-musim menentang Perak Jenderata sekaligus menegenepikan beliau dari aksi Piala Sultan Ahmad Shah menentang Selangor ... Menjalani ujian Cooper hanya pada 1 Mac dan lulus dengan cemerlang sekaligus membuktikan beliau sudah pulih dari kecederaan ... Terpaksa menunggu sehingga 29 Mac dalam perlawanan Piala FA menentang Kelantan untuk kembali menyarung jersi Perak setelah kehilangan jersi no 1 kepada penjaga gol muda Nasril Nourdin
2006/2007: Dibuang padang pada minit ke-45 ketika Perak tewas 3-4 kepada Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman pada 3 Januari 2007 ... Sekali lagi mengalami patah tangan ketika pertemuan Liga Super menentang Sarawak
2007/2008: Gagal membantu Perak memenangi sebarang kejuaraan
2009: Berhijrah ke pasukan Selangor bersama-sama penjaga gol yang kerap menjadi saingannya Mohd Nasril Nourdin ... Membantu Selangor memenangi Piala Sultan Ahmad Shah, Liga Super dan Piala FA
2010: Menandatangani kontrak untuk beraksi semusim lagi bersama Selangor