Farderin KadirMOhd Asraruddin Putra Omar

Asraruddin Putra

Pertahanan

Nama Penuh

Mohd Asraruddin Putra bin Omar

Lahir

26 Ogos 1988, Kuala Selangor

Pasukan Terdahulu

-

Penampilan Pertama

Sarawak (h)
Liga Super, 3 Januari 2007
menang 2-1

Gol Pertama

KM Naza (H)
Liga Super, 7 Julai 2009
menang 4-1

Peribadi

Merupakan adik kepada bekas pemain skuad remaja Selangor, Adi Putra Omar ... Memulakan karier di posisi penyerang sebelum beraksi di sayap kiri untuk skuad Bawah 20 di bawah kendalian K Rajagopal dan skuad Piala Presiden Selangor ... Ditukar ke posisi pertahanan oleh jurulatih Robert Alberts bagi menghadapi Kejohanan Piala Juara-Juara Belia

Karier

2003: Pada 3 Mei, membantu wakil Selangor, Sekolah Menengah Seksyen 11 Shah Alam muncul juara Kejohanan Bola Sepak MSSM Manchester United Premier Cup (MUPC) pada perlawanan akhir di Padang Seri Gelam dengan menewaskan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman (SMSS) yang mewakili Terengganu 4-3 dalam perlawanan akhir ... Tambah manis, beliau muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan 8 gol ... Pada 28 Mei, beliau menjaringkan gol emas pada minit ke 11 masa tambahan untuk Selangor menang 4-3 ke atas Perak seterusnya mara ke perlawanan akhir MSSM Bawah 15 di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh namun tewas kepada Terengganu 1-3 ... Turut muncul penjaring terbanyak kejohanan

2004: Menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil ... Mewakili skuad B-17 Malaysia di Kejohanan Bawah 17 Tahun Asia di Jepun

2005: Membantu skuad B-18 Malaysia mara ke perlawanan akhir Piala Lion City Bawah 18 di Singapura ... Malaysia muncul juara ... Bersama-sama Ibnu Kassim, Bunyamin Omar dan Wan Mohd Aliff Jasmi membuat keputusan mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini sekaligus tercicir dari persiapan skuad B-20 Malaysia di Yangon

2006: Mewakili skuad Piala Presiden Selangor ... Merupakan pemain termuda dalam skuad ini yang rata-rata dibarisi pemain berusia 21 tahun ... Menyertai skuad B-20 Malaysia di siri perlawanan persahabatan di Eropah ... Mewakili Malaysia di Kejohanan Bawah 20 Asia di Bangalore di bawah jurulatih K Rajagopal tetapi Malaysia gagal di peringkat kumpulan

2007: Membuat penampilan pertama dalam skuad senior Selangor sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Sarawak pada 3 Januari ... Aksi kurang meyakinkan di posisi sayap kiri dalam beberapa perlawanan bersama skuad senior menyaksikan jurulatih Dollah Salleh hanya menggunakannya sebagai pemain gantian ... Bersama-sama rakan sepasukan Sazali Duwandi terpilih mewakili skuad Malaysia beraksi di Kejohanan Piala Juara-Juara Belia (Champions Youth Cup) ... Aksi cemerlang sebagai pemain pertahanan menyaksikan beliau menarik perhatian kelab PSV Eindhoven dari Belanda ... Penghujung tahun, beliau bersama Khairul Fahmi Che Mat menjalani latihan 6 hari bersama skuad PSV di Belanda

2008: Pada April, mewakili negara dalam Piala Antara Benua yang berlangsung di Kuala Lumpur ... Bermain untuk skuad SUKMA Selangor di Terengganu ... Mewakili negara dalam aksi persahabatan menentang Chelsea ... Dipilih dalam skuad akhir negara bagi menghadapi Piala Suzuki-AFF

2009: Beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Manchester United ... Menjaringkan gol keempat dan gol tunggalnya pada musim ini ketika Selangor menewaskan Kuala Muda Naza 4-1 dalam saingan Liga Super pada 7 Julai ... Dipilih mewakili Malaysia dalam skuad Sukan SEA Laos, seterusnya mencipta sejarah apabila membantu skuad negara memenangi pingat emas pertama bolasepak sejak 20 tahun

2010: Membantu Selangor menjulang Piala Sultan Ahmad Shah setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi