SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2011
    • Prestasi 2011
    • Statistik 2011
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar
Farderin Kadir

Farderin Kadir

Penyerang

Nama Penuh

Farderin bin Kadir

Lahir

30 Januari 1987, Melaka

Pasukan Terdahulu

Melaka, Kuala Muda Naza, Perlis

Penampilan Pertama

Negeri Sembilan (a)
Liga Super, 9 Januari 2010
menang 2-1

Gol Pertama

-
-
-

Peribadi

Berketinggian 169sm dan berat 71kg ... Nama panggilan beliau adalah Bau ... Anak sulung daripada 5 beradik ... Walaupun dibesar dan dilahirkan di Melaka, bercita-cita mewakili Selangor sejak dari bangku sekolah

Karier

2004: Aksi cemerlang bersama skuad Gajah Berang FC menjuarai Kejohanan Belia Bawah 21 Melaka dan membantu Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu dalam aksi peringkat kebangsaan menarik minat skuad Melaka dan panel pemilihan FAM terhadap bakat Farderin

2005: Beraksi bersama skuad remaja negara di Kejohanan Piala Lion City, Singapura pada bulan Jun ... Dua bulan kemudian menyertai Kejohanan Piala AFF Bawah 20 Tahun di Palembang di mana skuad negara tewas kepada Myanmar 1-0 dalam perlawanan akhir ... Dipilih untuk beraksi pada perlawanan kelayakan Bawah 20 AFC menyingkirkan Myanmar seterusnya layak ke pusingan akhir yang akan berlangsung di India pada 2006

2006: Awal Mei, Farderin dan skuad Bawah 20 negara bimbingan K Rajagobal mencatat keputusan cemerlang dengan rekod bersih menewaskan Salford FA 3-0 pada 4 Mei, Akademi Stoke City 2-0 pada 6 Mei sebelum menewaskan Akademi Manchester United 4-1 empat hari kemudian ... Selepas itu, skuad singgah di Slovakia dan beraksi menentang pasukan tempatan antaranya Spartak Trnava, Zapado Slovensky Kraf FC ... 28 Mei, sekembali dari Eropah, jaringan dari sepakan percuma Farderin membantu skuad Bawah 20 negara menewaskan pasukan realiti tv MyTeam 2-1 dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil ... Membantu Melaka menjadi pasukan awal mengesahkan tempatnya ke Liga Super 2007 apabila menjuarai saingan Kumpulan B Liga Perdana ... Antara dua pemain yang dikekalkan bersama K Linggam di saat Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) mengikut jejak langkah Selangor dalam `melepaskan' semua pemain senior utamanya termasuk ketua jurulatih, E Elavarasan bagi mengharungi saingan Liga Super musim 2006/2007 ... Terlepas dari beraksi dalam Kejohanan Bawah 20 AFF di Kuantan berikutan kecederaan ... Pulih sepenuhnya menjelang Kejohanan Bola Sepak Remaja B-20 AFC, 29 Oktober hingga 12 November di Bangalore, India ... Namun skuad negara tewas kesemua perlawanan Kumpulan D mereka kepada Vietnam 1-2, Arab Saudi 0-3 dan Vietnam 0-3

2007: Tidak bersama skuad Melaka bimbingan K Devan pada 3 perlawanan aksi pembukaan Liga Super 2006/2007 sebelum membuat penampilan pertama menentang Telekom Melaka (TMFC) di Stadium Hang Jebat pada 3 Januari ... Gandingannya bersama import Slovakia, Richard Privitzer dan Patrik Volf berjaya menjaringkan beberapa gol penting untuk Melaka tetapi belum cukup memastikan kejayaan Melaka mendapat kedudukan yang baik dalam liga

2008: Kembali beraksi bersama K Devan apabila beliau menyertai skuad Liga Perdana Kuala Muda Naza ... 8 April, muncul wira buat Kuala Muda Naza apabila meledakkan gol kemenangan pada babak kedua untuk merakamkan keputusan mengejut menumbangkan barisan elit, Selangor 1-0 dalam saingan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Darulaman walaupun kemudiannya tewas secara agregat ... Membantu Kuala Muda Naza layak ke Liga Super ... Beraksi untuk skuad Perlis sebagai pemain pinjaman untuk saingan Piala Malaysia ... Pada 18 Julai, meledakkan hattrick membantu Perlis menang bergaya menewaskan Johor Pasir Gudang, 3-0 di Stadium Utama Negeri sekaligus menempah tiket ke suku akhir Piala Malaysia

2009: Kembali membantu skuad Kuala Muda Naza dalam saingan Liga Super ... Beraksi bersama skuad Bawah-23 kebangsaan dalam aksi persahabatan menentang Singapura pada pertengahan Mei sebelum menjaringkan gol kemenangan ketika skuad itu menewaskan kelab dari Shanghai yang beraksi dalam Liga A China, Zhong Bang FC 2-1 ... Pada 12 Julai beraksi bersama skuad kebangsaan bawah kelolaan K Rajagobal menewaskan Zimbabwe 4-0 serta turut menjaringkan satu gol ... Dinamakan dalam skuad pelatih ke Sukan SEA Laos sebelum digugurkan dari senarai akhir

2010: Menerima lamaran Selangor untuk beraksi dalam saingan Liga Super ... Membuat penampilan pertama di posisi sayap kiri ketika Selangor menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Tweet
Share
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required