SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2011
    • Prestasi 2011
    • Statistik 2011
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Selangor 2 Terengganu 0

Ahad, 01 Ogos 2010 01:28 SELANGORFC.COM

Selangor bangkit di separuh masa kedua untuk menewaskan Terengganu 2-0 sekaligus merangkul kejuaraan Liga Super buat kali kedua berturut-turut dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Gol oleh Amirulhadi Zainal pada minit ke-67 dan Safiq Rahim menerusi sepakan penalti pada minit ke-74 memastikan skuad Gergasi Merah berkelebihan 5 mata dengan aksi liga berbaki satu perlawanan.

Selangor mengumpul 63 mata diikuti Kelantan yang mencatat kemenangan 3-1 ke atas Johor FC di Stadium JCorp Pasir Gudang dengan 58 mata.

Ini merupakan trofi kedua skuad bimbingan K. Devan tahun ini selepas merangkul Piala Sultan Ahmad Shah di permulaan musim.

Terengganu bagaimanapun mengotakan janji mereka apabila tidak memberikan laluan mudah bagi skuad tuan rumah dengan menampilkan aksi penuh bersemangat terutama di separuh masa pertama biarpun turun tanpa beberapa tunggak utama seperti Marzuki Yusof dan Zairo Anuar Zailani.

Tanpa Mohd Nasriq Baharom dan Mohd Bunyamin Umar, Selangor menggandingkan pemain veteran Khairul Anuar Baharum dan Mohd Zaiza Zainal Abidin di barisan pertahanan namun malang menimpa apabila Khairul terpaksa dibawa keluar di pertengahan babak pertama berikutan kecederaan lantas memaksa D.Surendran dibawa masuk menggantikan beliau.

Permainan seimbang ditampilkan kedua-dua pasukan namun gagal memecah kebuntuan sehinggalah aksi separuh masa pertama ditamatkan.

Selangor tampil lebih garang di separuh masa kedua dan penjaga gol lawan Sharbinee Allawee Ramli diuji menerusi sepakan kencang Hardi Jaafar pada minit ke-48 yang berjaya ditepis keluar.

Sepuluh minit kemudian, percubaan Amirulhadi berjaya menewaskan Sharbinee namun diselamatkan pertahanan lawan di atas garisan gol.

Pada minit ke-63 sekali lagi Sharbinee mengecewakan kira-kira 20,000 penyokong tuan rumah apabila menidakkan percubaan satu lawan satu Safee Sali.

Namun 3 minit kemudian Selangor berjaya memecah kebuntuan apabila Safiq Rahim berjaya membuat hantaran dari sebelah kiri buat Amirulhadi menanduk masuk menewaskan Sharbinee.

Pada minit ke-74 Selangor memastikan kejuaraan milik mereka apabila dihadiahkan sepakan penalti apabila ketua pasukan Amri Yahyah dijatuhkan oleh Zubir Azmi dan disempurnakan oleh Safiq.

Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Selaku juara, Selangor menerima hadiah wang tunai RM500,000 dan trofi yang disampaikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad.

Tweet
Share
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required