SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
    • 2012
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2012
    • Prestasi 2012
    • Statistik 2012
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Negeri Sembilan 0 Selangor 2

Sabtu, 29 Julai 2000 10:00 SELANGORFC.COM
(Dari kiri) Yusri Che Lah, Nazzab Hidzan dan Rusdi Suparman meraikan gol Selangor. Selangor menang 2-0 ke atas Negeri Sembilan seterusnya merangkul kejuaraan liga

SELANGOR muncul juara pertama bola sepak Liga Perdana Satu dalam alaf baru selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Negeri Sembilan pada perlawanan terakhir yang penuh mendebarkan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Memasuki perlawanan terakhir ini dengan mengumpul jumlah mata yang sama dengan Pulau Pinang (42 mata), pasukan Harimau Kumbang itu dilihat mempunyai kelebihan disebabkan perbezaan jaringan yang lebih baik (+20) berbanding Selangor (+14). Namun kegagalan Pulau Pinang mencatat kemenangan dan sekadar seri tanpa jaringan dengan Brunei di Bandar Seri Begawan membolehkan skuad Merah Kuning bimbingan K Rajagobal menjulang Piala Liga yang kali terakhir dimenangi pada 1990.

Kejayaan merangkul gelaran juara tambah manis apabila membolehkan Selangor mengaut hadiah wang tunai RM150,000 sementara Pulau Pinang mendapat RM100,000 selaku naib juara.

Kira-kira 10,000 penonton yang hadir di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi dengan majoritinya penyokong pasukan pelawat disajikan aksi berhati-hati di permulaan perlawanan.

Tuan rumah terlebih dahulu memperoleh peluang pertama seawal minit kelapan tetapi sepakan kencang bekas penyerang Selangor dan kebangsaan, Azman Adnan ditampan penjaga gawang Selangor Azmin Azram Abdul Aziz sebelum tindakan susulan Ching Hong Aik turut gagal.

Selangor berpeluang membuka jaringan pada minit ke-26 apabila M Chandran yang menerima hantaran Rizal Hassan bagaimanapun menyaksikan sepakan kencangnya ditepis keluar penjaga gol Negeri Sembilan, Hamsani Ahmad.

Ketika perlawanan separuh masa pertama akan tamat dengan kedudukan terikat tanpa jaringan, penyerang kebangsaan, Rusdi Suparman akhirnya membuka jaringan apabila menyepak masuk hantaran ketua pasukan Yusri Che Lah di dalam kotak penalti pada minit ke-44.

Seminit kemudian, giliran Rusdi pula menjadi penyumbang apabila merampas bola dari pertahanan lawan di sebelah kiri sebelum melintangkan bola kepada Yusri di hadapan pintu gol yang dikuis masuk dengan mudah oleh pemain kelahiran Perlis itu untuk Selangor selesa di hadapan 2-0.

Ketinggalan dua gol, Negeri Sembilan tidak berputus asa di separuh masa kedua apabila saling melancarkan serangan ke kubu Selangor melalui gandingan Effendi Malek dan Azman.

Peluang terbaik Selangor untuk menambah jaringan hadir pada minit ke-61 namun Yusri yang membuat larian solo ke dalam kotak penalti hanya berhadapan dengan Hamsani namun sepakannya sipi di tiang kanan gol.

Seminit sebelum tamat perlawanan, pemain gantian Mohd Faizal Esahar hampir melebarkan jurang gol Selangor tetapi sepakannya juga terkeluar sedikit di sebelah kiri gol.

Kegagalan Selangor untuk menambah jaringan bagaimanapun tidak menghalang skuad Gergasi Merah itu daripada menjulang kejuaraan berikutan berita gembira yang diterima dari seberang Laut China Selatan.

SELANGOR:

Rusdi Suparman 44, Yusri Che Lah 45

Tweet
Share
Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required