SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
    • 2012
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2012
    • Prestasi 2012
    • Statistik 2012
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

5 sebab peminat Selangor tidak perlu gusar

Jumaat, 21 Mei 2010 10:06 SELANGORFC.COM
Pengadil Ibrahim Muhammad dari Melaka bersama kapten kedua-dua pasukan sebelum perlawanan

Keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung jurulatih Selangor, K. Devan serta tiga pemainnya, Hardi Jaafar, Safee Sali dan Razman Roslan di antara empat hingga enam perlawanan dan dikenakan denda berjumlah RM16,000 ekoran salah laku disiplin ketika saingan separuh akhir Piala FA bertemu Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 3 April lalu sememangnya dijangka walaupun mengejutkan dari jumlah penggantungan perlawanan yang dikenakan. SELANGORFC.COM mengupas impak keputusan ini kepada saingan Selangor dalam baki 10 perlawanan terakhir Liga Super.

1. Ketiadaan K. Devan - Kehilangan watak pengendali di tepi padang bakal memberi impak kepada mana-mana pasukan, apatah lagi bagi seorang jurulatih yang meraih 4 piala dan hanya tewas 5 kali sepanjang tempoh dua tahun mengendali pasukannya dalam aksi liga tempatan (Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia) seperti Devan. Namun ianya bukan satu masalah kerana Devan masih boleh merencana strategi pasukan sebelum perlawanan. Pemangkunya di bangku simpanan, penolong jurulatih P Maniam pula diakui ramai mempunyai kemahiran taktikalnya yang tersendiri seperti yang dibuktikannya apabila membawa Selangor memenangi Piala Presiden dua tahun lepas. Malah acapkali dilihat Devan seringkali meminta pendapat beliau sebelum melakukan sebarang keputusan ketika perlawanan berlangsung. Dua tahun beraksi watak pembantu, Maniam juga pasti sudah masak dengan percaturan bosnya dan mampu merealisasikan pertukaran taktikal sesuai dengan 'cara Devan' ketika hari perlawanan.

2. Ketiadaan Hardi Jaafar - Peminat Selangor pasti merindui hantaran-hantaran jauh dan set-piece dari Hardi. Gandingan Hardi-Safiq Rahim kian menjadi sejak kebelakangan ini yang membolehkan Selangor menjaringkan 22 gol dalam enam perlawanan sejak April lalu. Ketiadaan Hardi akan ditampung dengan kembalinya Bunyamin Umar ke bahagian tengah setelah memangku tugas di bahagian pertahanan berikutan penggantungan Nasriq Baharom dalam dua perlawanan terdahulu sebelum beliau sendiri turut menjalani penggantungan sewaktu pertemuan menentang Kuala Lumpur, Selasa lalu. Tugas set-piece Hardi akan diambil-alih oleh Safiq Rahim, D. Surendran dan Farderin Kadir, kesemua mereka mempunyai kemahiran mengambil sepakan percuma yang tidak kurang hebatnya.

3. Ketiadaan Safee Sali - Tidak seperti kebanyakan pasukan, bebanan mencari gol dalam pasukan Selangor dikongsi ramai seperti dibuktikan statistik apabila musim ini sahaja menunjukkan 11 pemain berlainan telah mencatat nama sebagai penjaring manakala tahun lalu 16 pemain berlainan berjaya merobek gol lawan. Tidak dinafikan ketiadaan Safee Sali yang telah menjaringkan 15 gol dalam kesemua pertandingan tahun ini pasti dirasa tetapi beban ini seharusnya boleh digalas oleh pemain supersub R Surendren yang telahpun menjaringkan 11 gol walaupun tidak beraksi dalam kesebelasan utama. Selangor turut mempunyai Rudie Ramli (5 gol) dan kehadiran bekas penyerang skuad Bawah 19 dan 21 negara, Farderin Kadir yang acapkali diletakkan di bahagian sayap ketika beraksi memberikan lebih pilihan. Turut menanti adalah penjaring terbanyak skuad Johor musim lalu, Azrine Efendy Sa'duddin yang seperti Farderin, hanya beraksi di posisi sayap tiap kali diberi peluang beraksi.

4. Ketiadaan Mohd Razman Roslan - Meleset dari pandangan ramai peminat, sebenarnya penggantungan Razman di posisi bek kanan sebenarnya paling memberi impak kepada Selangor dalam aksi baki perlawanan Liga Super. Walaupun D. Surendran dilihat pengganti semulajadi beliau, namun aksi longlai yang ditampilkan Surendran sewaktu pertemuan menentang Kuala Lumpur dan Binh Duong pasti meresahkan. Berdepan faktor usia, Surendran perlu memastikan beliau mampu cergas beraksi sepanjang 90 minit perlawanan. Pilihan lain adalah dengan meletakkan Nasriq Baharom yang bermain di posisi tersebut untuk skuad emas Sukan SEA 2009, dan meletakkan Zaiza Zainal Abidin menggantikannya di posisi pertahanan tengah, keputusan taktikal yang mempunyai komplikasinya yang tersendiri.

5. Tuah jadual - Selangor turut bernasib baik kerana perubahan jadual perlawanan Liga Super berikutan SUKMA dan kehadiran Piala Dunia mengelakkan laluan sukar kerana selepas ini bertemu KL Plus (Shah Alam), Pahang (Kuantan), Perlis (Shah Alam), Johor (Johor Bahru), Kelantan (Shah Alam) dan Perak (Ipoh). Razman dan Safee boleh kembali beraksi dalam perlawanan penting menentang Kelantan selepas Liga berhenti rehat pada 13 Julai nanti.

6. (BONUS) - Bukti Selangor bukan anak emas FAM - Keputusan ini, tanpa sebarang rayuan dibenarkan menepis tanggapan ramai bahawa Selangor adalah anak emas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Tanpa mengulas dengan mendalam, dua keputusan sebelum ini yang memihak kepada Selangor, dalam kes Ian Rush pada 2008 di mana Selangor terlepas dari pemotongan tiga mata dalam Liga berikutan kecuaian FAM sendiri apabila keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib yang dipengerusikan oleh pegawai yang tidak mempunyai mandat penuh di samping tidak berdasarkan undang-undang sedia ada (kesalahan menjelang perlawanan Piala FA tetapi hukuman dikenakan terhadap perlawanan Liga?) manakala keputusan mengekalkan Selangor dalam aksi Liga Super 2007 walaupun menduduki tangga kedua terakhir Liga Super pada tahun sebelumnya adalah sekadar tuah dan nasib baik kerana pasukan di tangga tercorot adalah Pahang, yang merupakan anak emas sebenar FAM :)

Tweet
Share
Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required