SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
    • 2012
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2012
    • Prestasi 2012
    • Statistik 2012
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Noor Zaidi Rohmat

Rabu, 01 Februari 2012 22:19 SELANGORFC.COM

Noor Zaidi Rohmat, bekas pemain Selangor 2000-2004 dan kini penolong jurulatih Piala Presiden Selangor 2012 | Gambar SELANGORFC.COM

 

Produk Akademi Bola Sepak Selangor, nama Noor Zaidi Rohmat mungkin tidak dikenali ramai peminat muda Selangor namun beliau seangkatan dengan Rudie Ramli dan Amri Yahyah sewaktu membarisi skuad senior Selangor pada awal 2000, namun siri kecederaan yang dialami memendekkan tempoh karier beliau sehingga terpaksa bersara ketika baru baru berusia 25 tahun. Namun semangat beliau untuk berbakti untuk skuad Merah Kuning tidak pernah luntur, Zaidi akan membarisi barisan kejurulatihan skuad Piala Presiden Selangor 2012. Ikuti bualan SELANGORFC.COM bersama beliau baru-baru ini.

Penampilan pertama bersama Selangor
Pada 2 Mei 2000, ketika baru berusia 19 tahun apabila Selangor di bawah bimbingan K. Rajagopal (yang turut dibarisi pemain-pemain seperti Shamsul Amri Abu Bakar, Rusdi Suparman dan Zami Mohd. Noor) tewas 0-3 kepada Pulau Pinang (bimbingan Irfan Bakti) dalam perlawanan Perdana Satu di Stadium Bandaraya

Kenangan manis bersama Selangor
Juara Piala Malaysia 2002 di bawah kendalian Ken Worden. Tambahan turut mendapat peluang dalam kesebelasan utama walaupun terpaksa bersaing dengan pemain-pemain midfield berpengalaman seperti Yusri Che Lah, Tengku Hazman Raja Hassan dan Shukor Adan.

Pengalaman wakil negara
Kejohanan Bola Sepak Belia Antarabangsa FAM-ProEvents 2003 melibatkan skuad remaja Malaysia, Brazil, Portugal dan Korea Selatan. Ironinya dipanggil sebagai backup apabila skuad di bawah K Rajagopal (turut dibarisi Safee Sali, Rudie Ramli & Fadzli Saari) mengalami masalah kekurangan pemain akibat kecederaan. Masuk sebagai pemain gantian kepada Tengku Alias Tengku Ibrahim dalam perlawanan pertama menentang Brazil, terus membuktikan keupayaan dan membarisi kesebelasan utama dalam perlawanan berikutnya menentang Korea Selatan.

Pemain yang banyak memberi tunjuk ajar
Ketua pasukan Selangor 2000-2002 Yusri Che Lah yang tidak lokek dalam berkongsi ilmu dan banyak memberi panduan

Kenangan pahit bersama Selangor
1. Melihat sendiri kecederaan teruk yang dialami Amri Yahyah yang juga merupakan rakan serumah sewaktu mengalami kemalangan pada 2002, namun kecekalan dan keteguhan hati Amri membolehkan beliau kembali menyepak bola kurang dari 8 bulan kemudian, sesuatu yang tidak dijangka ramai pihak 2. Kecederaan berpanjangan yang dialami beberapa kali (bermula pada 2003, 2004 dan akhirnya 2007) yang menyebabkan beliau dipinjamkan ke kelab MPPJ pada 2004, digugurkan dari pasukan Liga Perdana Selangor bagi menghadapi 2005 dan akhirnya terpaksa menggantung but pada 2007 ketika baru berusia 25 tahun. Sedikit kecewa kerana menyimpan impian untuk bergandingan dengan Amri Yahyah ketika usia puncak.

Pengalaman sebagai jurulatih
Menjalani Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di UiTM dalam bidang Pengurusan Sukan, merupakan jurulatih di MPSJ sejak 2009 sebelum dirisik oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk membarisi barisan kejurulatihan skuad Piala Presiden Selangor 2012

Peranan dalam skuad Piala Presiden Selangor 2012
Disenaraikan sebagai Pegawai Kecergasan, namun tugas-tugas berkaitan kecergasan untuk skuad Piala Presiden dan Bawah 19 diselenggara oleh Dharmendra Mahalingam (jurulatih kecergasan skuad Liga Super Selangor), oleh itu lebih banyak memainkan peranan sebagai penolong jurulatih 2 bagi membantu Rosedy Mohd Nadzir (ketua jurulatih) dan Nor Suhaimi Bahauddin (penolong jurulatih)

Mengenai proses Pemilihan Piala Presiden 2012
Buat pertama kali sejak beberapa tahun, Selangor mengadakan proses pemilihan di empat lokasi (Kuala Selangor, Kuala Langat/Banting, Kajang dan Shah Alam) berbanding hanya open selection di satu lokasi seperti tahun-tahun sebelum ini. Proses kali ini tampak lebih berjaya apabila panel pemilihan didedahkan dengan lebih banyak bakat di samping mereka yang terpilih perlu melalui beberapa fasa bagi memendekkan senarai pemain daripada 300 kepada 20 yang terbaik sahaja

Yang menarik mengenai Piala Presiden 2012
Sesi pemilihan di Kuala Selangor paling banyak bakat dapat dilihat dan terpilih ke fasa seterusnya. Sesi turut dihadiri oleh adik-adik kepada pemain skuad Liga Super seperti Asraruddin Putra, Nasriq Baharom dan Razman Roslan, namun hanya Muhammad Rozaid (adik kepada Razman) yang terpilih dalam skuad akhir

Harapan Piala Presiden 2012
Adalah mustahil untuk membentuk pasukan yang mantap dalam tempoh yang singkat, tambahan terdapat jurang perbezaan di antara bekas pemain Harimau Muda B/Sekolah Sukan Bukit Jalil, pemain yang dikekalkan dari skuad tahun lalu dan pemain yang dipilih melalui pemilihan terbuka. Pemain dari pemilihan terbuka misalnya walaupun berbakat besar namun tidak digilap dan mendapat latihan secara sistematik berbanding pemain dari Harimau Muda B/Sekolah Sukan Bukit Jalil. Tambahan rata-rata pemain dipilih berumur 19 tahun, ini bermakna tahun 2012 merupakan tahun pendedahan dan tahun berikutnya pemain-pemain ini akan bersedia untuk mencabar kejuaraan. Sasaran ini dipersetujui oleh FAS dan barisan kejurulatihan.

Selamat maju jaya kami ucapkan untuk keseluruhan barisan kejurulatihan dan pemain Piala Presiden Selangor 2012!

Tweet
Share
Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required