SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
    • 2012
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2012
    • Prestasi 2012
    • Statistik 2012
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Brian Fuentes

Rabu, 30 Mac 2011 23:48 SELANGORFC.COM

Brian Fuentes sebelum perlawanan Piala FA 2005 menentang Pahang di Stadium Shah Alam | Gambar Osman Adnan SELANGORFC.COM

 

BOLASEPAK MALAYSIA

Anda datang ke Malaysia bersama-sama rakan senegara dari Argentina (jurulatih Omar Larossa, Miguel Gonzalez, Diego Cepeda dan Aldo Mores), tetapi akhirnya hanya anda yang kekal bertahan. Apa yang berlaku?
Saya merasakan persembahan pasukan dan individu di awal musim 2004 menyebabkan khidmat mereka tidak dapat diteruskan. Secara peribadi ia sedikit sukar buat saya kerana Larossa yang berusaha membawa saya ke Malaysia.

Adakah sukar buat anda menyesuaikan diri dengan Malaysia? Dengan budaya, makanan dan bahasa yang sangat berbeza
Pada awalnya memang sangat sukar namun mungkin pengalaman saya bermain di luar negara dalam tempoh yang lama (sebelum ke Malaysia) membolehkan saya akhirnya dapat menyesuaikan diri. Tambahan pula negara ini, khususnya Kuala Lumpur adalah tempat yang cantik.

Dalam tempoh 2 setengah tahun anda di sini, siapakah pemain tempatan yang menarik perhatian anda?
Indra Putra Mahayudin, Amri Yahyah dan dua orang fulbek Selangor D Surendran dan P Gunalan

Siapakah teman rapat anda di dalam pasukan Selangor
Saya rapat dengan Bambang Pamungkas, Fairuz Montana Zainal Abidin, Nazzab Hidzan dan Ahmad Tharmini Saiban

Makanan tempatan yang paling anda minati?
Nasi goreng cina dan satay.

Kami di SELANGORFC.COM difahamkan anda mempelajari Bahasa Melayu mudah untuk pertuturan seharian. Perkataan yang diminati?
"Cantik gambar" dan "terima kasih".

Anda meletakkan sasaran untuk menjaringkan 100 gol untuk Selangor, anda hanya mendapat 68 gol (dalam aksi kompetitif), adakah anda kecewa?
Adalah menjadi impian saya untuk mencapai angka 100, saya berjaya mendapat 82 (termasuk perlawanan persahabatan / jemputan), namun saya perlukan lebih masa dan aksi untuk sasaran tersebut.

Kenangan paling manis ketika bersama Selangor?
Tahun 2005 di mana Selangor memenangi treble (Piala Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia). Tambahan pula saya diletakkan di posisi yang asing bagi saya (sayap kiri), namun masih berjaya menjaringkan begitu banyak gol

Apa yang berlaku sehingga kontrak anda ditamatkan?
Terdapat sedikit perselisihan pendapat di antara saya dan pihak pengurusan. Akhirnya semua pihak yang terlibat bersetuju bahawa perpisahan adalah penyelesaian terbaik. Ianya adalah saat paling sukar bagi saya.

Anda mendaftarkan diri dalam forum SELANGORFC.COM yang secara majoritinya bahasa yang digunakan oleh ahli-ahli forum adalah dalam bahasa Melayu. Mengapa?
Saya suka membaca komen dan pendapat peminat, tambahan pula saya amat seronok bermain untuk Selangor dan sehingga kini masih ingat setiap saat ketika berada di bumi Malaysia.

BOLASEPAK UMUM

Pertahanan paling sukar untuk ditembusi
Semua pemain pertahanan yang saya hadapi sewaktu bermain di Liga Itali.

Pemberian atau hadiah paling pelik dari peminat
Sewaktu di Itali, peminat menghadiahkan saya botol wain dan champagne yang mereka buat sendiri. Di sana, adalah lumrah bagi peminat berbuat demikian jika mereka benar-benar menyukai anda.

Anda pernah bermain posisi lain?
Saya adalah pemain penyerang, namun saya diletakkan di posisi midfield dan sayap kiri ketika bermain untuk Selangor pada musim 2005.

Pernah dibandingkan dengan mana-mana pemain?
Pada permulaan karier saya, ramai membandingkan corak permainan saya dengan lagenda Argentina, Claudio Caniggia.

Anda pernah bermain di Itali, Uruguay, Argentina, Malaysia dan lain-lain. Stadium manakah yang terbaik?
Saya merasakan Stadium Shah Alam antara yang terbaik dari segi suasana. Terutamanya sewaktu ia penuh seperti ketika final Piala FA 2005.

KARIER SELEPAS SELANGOR

Apa yang berlaku selepas anda meninggalkan Malaysia? Bermain di mana?
Selepas Selangor, saya beraksi di Liga Divisyen Satu Venezuela sebelum kembali ke bumi Argentina dan beraksi sehingga kini.

Anda masih mengikuti perkembangan bolasepak Malaysia (dan Selangor)?
Saya mengikuti sedikit berita bola sepak Malaysia yang boleh diperolehi dari Internet.

Masih berhubung dengan sesiapa di Selangor?
Ya. Antaranya dengan pemain seperti Fairuz Montana melalui Facebook.

Tahun hadapan (2012) Malaysia akan membuka kembali pintu untuk pemain import beraksi. Anda berminat ingin kembali jika terdapat tawaran dari mana-mana pasukan tempatan?
Sudah pasti, namun terdapat banyak faktor yang perlu dilihat dan dipertimbangkan terlebih dahulu.

Tweet
Share
Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required