SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
    • 2012
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2012
    • Prestasi 2012
    • Statistik 2012
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Selangor perlu buang sikap ambil mudah (Harian Metro)

Jumaat, 17 Februari 2012 10:02 Azlan Muhammad Zain (Harian Metro)

SELANGOR perlu kikis sikap ‘ambil mudah’ andai mahu mara ke pusingan kedua Piala FA apabila bertemu pasukan berstatus kelab, Shahzan Muda di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, malam esok.

Skuad Merah Kuning dikejutkan kekalahan kepada dua pasukan berstatus kelab, Felda United dan PKNS FC walaupun pada awalnya diramal mampu mencatatkan kemenangan mudah.

Situasi terbabit menyebabkan kapten Selangor, Mohd Amri Yahyah mengingatkan rakan sepasukan agar memberikan aksi terbaik dalam pertemuan pusingan pertama Piala FA itu yang hanya dilangsungkan sekali.

“Sebarang kelalaian mengundang padah. Lawan kali ini juga tidak boleh dipandang rendah walaupun mereka beraksi di Liga FAM. Kami perlu sentiasa waspada kerana maklumat mengenai kekuatan lawan juga terhad ketika ini,” katanya. Selangor yang dikendalikan Irfan Bakti Abu Salim pasti terus mengharapkan sentuhan pemusnah penyerang import, Bosko Balaban merobek gawang kelab Pahang itu berterusan selain pengalaman luas yang dimiliki barisan pemainnya.

“Bosko mampu memberikan aksi lebih lagi berbanding perlawanan ketika menentang Kelantan. Dia masih dalam proses menyesuaikan diri dengan cuaca di sini,” katanya.

Pada edisi tahun lalu, Selangor, juara terbanyak Piala FA sebanyak lima kali kecundang pada separuh akhir kepada Kelantan dengan keputusan agregat 2-6.

Andai berjaya mengatasi Shahzan Muda, tugas berat menanti juara 2009 itu pada pusingan kedua 10 Mac ini apabila dijadual bertemu salah satu pasukan Liga Super, Negeri Sembilan atau Johor FC.

Tweet
Share
Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required