SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
    • 2012
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2012
    • Prestasi 2012
    • Statistik 2012
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Konte, Balaban, calon ganti Mbele (Berita Harian)

Jumaat, 27 Januari 2012 07:00 Wan Fakhrul Bakar (Berita Harian)

SELEPAS menamatkan kontrak penyerang import dari Congo, Lelo Mbele, Selangor pantas memulakan langkah mendapatkan penggantinya dengan dua penyerang dari Mali dan Croatia bakal diuji, minggu depan.

Dua pemain dimaksudkan itu ialah Amadou Konte, 31, dari Mali yang pernah beraksi bersama Cambridge United, Hibernian dan Al Hilal serta Bosko Balaban, 34, dari Croatia yang pernah menyarung jersi Dinamo Zagreb, Aston Villa dan FC Ingolstadt 04.

"Konte akan tiba esok (hari ini) manakala Balaban Sabtu (esok). Namun mereka tidak terus menjalani latihan kerana skuad Selangor ke Kuala Terengganu untuk bertemu T-Team (esok).

"Buat masa ini, hanya dua pemain ini akan diuji. Mungkin ada lagi akan datang sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain import pada 13 Februari depan," kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi, semalam.

Namun Hamidin mengesahkan bahawa Selangor sudah membatalkan hasrat menguji penyerang kebangsaan Bosnia, Zlatan Muslimovic, 31, kerana pemain itu kini sedang menjalani ujian pemilihan dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Sunderland.

Konte dan Balaban akan diuji apabila Selangor bertemu skuad Olimpik negara bimbingan Ong Kim Swee pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini.

Selangor terpaksa menyingkirkan Mbele, 25, kerana bekas penyerang Orlando Pirates itu gagal pulih seperti diharapkan selepas menjalani pembedahan otot depan paha kiri, Julai lalu dan belum sempat diturunkan sepanjang empat aksi Liga Super setakat ini.

Tweet
Share
Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required