KEYAKINAN jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim bahawa anak-anak buahnya akan bangkit ketika bertemu Kelantan terbukti apabila mereka berjaya meleburkan rekod tanpa kalah pendahulu Liga Super itu dengan kemenangan 2-1, malam kelmarin.
“Sebelum ini kami sudah pecahkan badi bertemu T-Team dan kali ini pemain bertekad untuk tak tewas lagi kepada Kelantan terutama apabila mereka tak dapat lupakan detik dibelasah 1-5, tahun lalu.
Selangor gagal menewaskan Kelantan sepanjang musim 2010 dan 2011 selepas kali terakhir mereka berjaya melakukannya pada aksi Liga Super 2009 dan final Piala FA 2009.
Safiq Rahim meledak gol pertama Selangor pada minit ke-46 sebelum Balaban, bekas penyerang kebangsaan Croatia melakukan penyudah kemas gol kedua pada minit ke-74. Gol saguhati Kelantan dijaringkan S Subramaniam pada masa kecederaan.
Selepas bertemu Shahzan Muda untuk pusingan pertama Piala FA di Stadium Temerloh, Sabtu ini, aksi Liga Super seterusnya hanya akan berlangsung 2 Mac ini, bertemu Kedah di Alor Setar.
“Balaban hampir 10 bulan tak beraksi bersama kelab lamanya dan dia perlukan lebih aksi kompetitif untuk merancakkan lagi permainannya,” katanya. Jadi dua aksi persahabatan dirancang sepanjang tempoh rehat liga nanti,” jelas Irfan.