SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
    • 2012
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2012
    • Prestasi 2012
    • Statistik 2012
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Impak Balaban (Harian Metro)

Rabu, 15 Februari 2012 11:34 Aziman Rosdi (Harian Metro)

PEMAIN import dari Croatia, Bosko Balaban melakukan impak menerusi penampilan pertama bersama Selangor apabila membantu pasukan yang sedang bergelut dengan prestasi itu menewaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan tumpuan Liga Super di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Balaban 32, yang dibenarkan beraksi pada saat akhir selepas mendapat Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) sebelum tempoh perpindahan pemain berakhir kelmarin menyumbat gol kedua selepas pemain tengah, Mohd Safiq Rahim terlebih dulu membuka tirai jaringan pada awal babak kedua untuk meleburkan rekod bersih juara bertahan, Kelantan musim ini.

Kejayaan mengutip tiga mata penuh itu memberi nafas baru buat skuad Gergasi Merah serta jurulatih Irfan Bakti Abu Salim yang terdesak selepas hanya mencatat dua kemenangan dalam tujuh perlawanan sebelum ini.

Dalam perlawanan itu, aksi seimbang dipamerkan pada awal permainan dengan kedua-dua pasukan saling mengatur gerak untuk mencipta peluang memburu gol pendahuluan.

Kelantan yang dibimbing jurulatih Peter Butler melakukan ancaman menerusi tandukan cantik bekas penyerang kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-29 yang mendapat hantaran Mohd Nurul Azwan Roya namun penjaga gol tuan rumah, Norazlan Razali tenang menyelamatkan keadaan.

Seminit selepas itu, giliran Balaban, bekas pemain Aston Villa, Dinamo Zagreb dan Panionios menguji ketangkasan penjaga gol nombor satu negara, Khairul fahmi Che Mat menerusi rembatan kencang di luar kotak penalti.

Bersambung babak kedua, Selangor seakan mendapat suntikan semangat baru apabila mengganas dengan jaringan gol Safiq pada minit ke-46 dengan rembatan deras dari luar kotak penalti menerjah ke jaring.

Ketika Kelantan sibuk mencari gol penyamaan, Balaban bijak melepasi perangkap ofsaid untuk menyempurnakan bola umpanan Safiq pada minit ke-75 bagi meletakkan Selangor selesa di depan dengan 2-0.

Bagaimanapun pasukan pelawat berjaya juga merapatkan jurang gol selepas pemain pertahanan, S Subramaniam menyepak masuk bola ketika situasi kelam kabut dalam kotak penalti Selangor di penghujung permainan.

Tweet
Share
Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required