SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
    • 2012
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2012
    • Prestasi 2012
    • Statistik 2012
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Skuad Selangor sudah lengkap (Beita Harian)

Sabtu, 26 November 2011 08:03 Wan Fakhrul Bakar (Berita Harian)

SKUAD Selangor 2012 sudah lengkap. Demikian kenyataan jurulatih baru Selangor, Irfan Bakti Abu Salim yang bakal memulakan latihan penuh pra musim pasukannya Isnin ini.

Dengan mengekalkan 12 pemain lama dan membawa masuk sembilan pemain baru, hanya satu slot penyerang import kini belum diisi Selangor selepas pertahanan import dari Lubnan, Ramez Dayoub, 27, tiba di tanah air, kelmarin.

“Ketibaan Ramez tepat pada masanya apabila kita baru hendak memulakan latihan pra musim. Cuma pada hujung Februari, kita akan hilang khidmat Ramez kerana dia perlu beraksi untuk perlawanan terakhir Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang UAE.

“Selepas seminggu berlatih nanti, kami akan mula mengadakan aksi persahabatan pra musim yang dijangka antara lapan hingga 10 perlawanan sebelum saingan sebenar bermula, 10 Januari depan,” kata Irfan ketika dihubungi, semalam.

Sembilan pemain baru terbabit ialah dua penjaga gol, G Jeevananthan (USM) dan Norazlan Razali (KL), R Surendren (Pahang), Famirul Asraf Sayuti (Pahang), Solihin Kanasian (Kelantan), Hasmarul Fadzir Hassan (FELDA), Wan Hoesne Wan Hussain (Johor FC), Adib Aizuddin Ab Latif (Johor) dan pemain Piala Presiden, Khairul Anuar Khalid.

Manakala 12 pemain dikekalkan adalah Amri Yahyah, Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Asraruddin Putra Omar, Bunyamin Umar, Azidan Sarudin, P Gunalan, Razman Roslan, Nasriq Baharom, Fitri Shazwan Raduwan, Fazilidin Khalid dan Fairul Azwan Shahrullai.

“Apabila latihan pra musim bermula, semua pemain dianggap bermula dari sifar. Dari sini nanti saya akan lihat perkembangan mereka untuk membentuk sebuah barisan terbaik,” jelas Irfan yang membawa Terengganu muncul juara Piala FA serta naib juara Piala Malaysia dan Liga Super pada musim 2011 yang berakhir bulan lalu.

Tweet
Share
Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required