SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
    • 2012
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2012
    • Prestasi 2012
    • Statistik 2012
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Selangor nyaris kena 'tipu' Mbele (Berita Harian)

Selasa, 06 Disember 2011 07:31 Wan Fakhrul Bakar (Berita Harian)

SELANGOR bernasib baik tidak menandatangani penyerang dari Congo, Lelo Mbele yang sebenarnya adalah 'kuda tempang' selepas kelibat pemain berusia 24 tahun itu disaksikan buat kali pertama pada sesi latihan di Padang SUK, Shah Alam, petang semalam.

Mbele yang hadir dengan reputasi pernah menyarung jersi kelab Arab Saudi Al-Hilal, Esperance (Tunisia), Al-Hilal Omdurman (Sudan) dan Al-Nasr Benghazi (Libya) bagaimanapun belum pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan otot depan paha kiri, Julai lalu.

Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim berkata, dia tidak mahu mengambil risiko menandatangani Mbele selepas pemain pertahanan import yang baru diambil mereka, Ramez Dayoub turut 'mengenali' penyerang itu.

"Ramez sendiri beritahu saya tadi yang Mbele ini memang penyerang yang bagus, tetapi dia pun tahu mengenai kecederaan dialami Mbele. Kamu pun pasti dapat lihat tadi, dia hanya berani sepak guna kaki kanan.

"Memang dia penyerang yang bagus. Ketika kelab lamanya bertemu Manchester United, dia mendapat pujian daripada Nani yang bertanya kenapa dia tidak beraksi di Eropah. Kami ada pelan B untuk dapatkan penyerang import yang lain," kata Irfan.

Selepas seminggu menjalani latihan penuh, Irfan berkata, skuad Selangor kini bersedia untuk siri persahabatan pra musim bermula dengan menentang Sime Darby di Stadium UPM, Serdang, petang esok.

"Selepas bertemu Sime Darby, kita akan menentang Pahang (12 Disember), MP Muar (14 Disember), Sabah (17 Disember), MP Muar (20 Disember), Johor (22 Disember) dan Johor FC (23 Disember)," katanya.

Tweet
Share
Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required