SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
    • 2012
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2012
    • Prestasi 2012
    • Statistik 2012
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Mbele buat Selangor dilema (Berita Harian)

Rabu, 07 Disember 2011 21:16 Wan Fakhrul Bakar (Berita Harian)

PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) kini dalam dilema sama ada mahu menandatangani penyerang import dari Congo, Lelo Mbele atau tidak, selepas ujian imbasan resonan bermagnetik (MRI) dijalankan Institut Sukan Negara (ISN), semalam menunjukkan keputusan positif.

Mbele, 24, yang pada asalnya dibimbangi perlu mengambil masa panjang untuk pulih dan cergas sepenuhnya selepas menjalani pembedahan otot depan paha kirinya, Julai lalu, dijangka mampu pulih lebih awal.

"Ujian MRI dilakukan sendiri Datuk Dr Ramlan Abd Aziz (Ketua Pegawai Eksekutif ISN) dan dalam jangka sebulan Mbele boleh beraksi 45 minit dan selepas dua bulan dia boleh beraksi sepenuh masa. Tapi dia masih muda, mungkin dapat pulih lebih cepat.

"Apa pun, FAS belum buat keputusan kerana masih dalam dilema untuk mengambil risiko ini atau segera mendapatkan penyerang import lain sebelum tarikh tutup pendaftaran Khamis ini (esok)," kata sumber FAS ketika dihubungi, malam tadi.

Namun Mbele dikatakan sedia menerima gaji lebih rendah dan ditawarkan kontrak setengah musim bagi memastikan FAS memberi peluang terhadap dirinya membuktikan kemampuan sebenar, sekali gus membolehkan FAS mengambil penyerang baru apabila pintu perpindahan kedua dibuka, April depan.

Selangor sudah menandatangani seorang pemain import iaitu Ramez Dayoub, 27, pemain pertahanan skuad kebangsaan Lubnan dan akan mengharungi aksi pramusim pertama menentang Sime Darby di Stadium UPM, Serdang, petang ini.

Tweet
Share
Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required