SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
    • 2012
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2012
    • Prestasi 2012
    • Statistik 2012
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Irfan sanjung semangat Safiq (Berita Harian)

Khamis, 15 Disember 2011 08:39 Wan Fakhrul Bakar (Berita Harian)

SIKAP profesional ditunjukkan Safiq Rahim mendapat pujian jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim selepas Pemain Tengah Terbaik 2011 itu terus menyertai sesi latihan pasukan sebaik kembali ke tanah air, Isnin lalu.

Safiq, 24, terbang ke Wales pada 27 November lalu untuk menjalani ujian pemilihan dan latihan selama dua minggu bersama kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Cardiff City.

"Sikap Safiq wajar dipuji. Dia tiba di tanah air pagi Isnin, terus menjalani latihan di Padang SUK, Shah Alam sebelah petangnya. Dia langsung tak alami gangguan 'jet lag'.

"Cuma untuk perlawanan ini, saya hanya masukkan dia sebagai pemain gantian kerana dia baru dua hari berlatih bersama.

"Apa pun kehadiran Safiq melancarkan lagi persiapan pasukan," kata Irfan ketika ditemui selepas Selangor membelasah MP Muar 5-0 pada aksi persahabatan di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya, petang semalam.

Selepas menewaskan Sime Darby 2-0 di Serdang, 8 Disember lalu, Selangor menggegar gawang MP Muar menerusi Amri Yahyah pada minit ke-22, Fitri Shazwan Raduwan (m-41), Bunyamin Umar (m-60), Adib Aizuddin Ab Latif (m-68) dan Solihin Kanasian (m-88).

"Kemenangan 5-0 ini bukan ukuran sebenar. Saya masih cari keserasian terutama di posisi tengah. Saya mahu pemain bersikap tidak ambil mudah terutama apabila berdepan Shahzan Muda pada pusingan pertama Piala FA (18 Februari)," kata Irfan.

Selangor yang bakal memulakan kempen Liga Super 2012 bertemu Negeri Sembilan di Paroi 10 Januari depan, disusuli Perak di Bukit Jalil (14 Januari), akan meneruskan aksi pra musim bertemu Polis di Stadium MPSJ, Sabtu ini.

Tweet
Share
Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required