SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
    • 2012
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2012
    • Prestasi 2012
    • Statistik 2012
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

'Guru' sekadar mahu penuhi hajat (Berita Harian)

Sabtu, 31 Disember 2011 10:46 Wan Fakhrul Bakar (Berita Harian)

KEPUTUSAN K Gurusamy meninggalkan Harimau Muda A menyertai skuad Liga Super Selangor, musim ini adalah semata-mata bagi merealisasikan impian sejak kecil untuk menyarung jersi negeri kelahirannya.

Pemain dari Semenyih itu yang bakal genap 23 tahun, 11 Januari ini adalah antara lima pemain yang 'keluar' dari Harimau Muda A selain Muslim Ahmad dan Shukur Jusoh yang menyertai Terengganu serta Zamir Selamat (Johor FC) dan K Sasikumar (Johor).

"Memang rasa bangga kerana akhirnya dapat juga menyarung jersi Selangor. Memang dari kecil cita-cita saya nak main untuk Selangor. Tapi saya sedar cabaran kini lebih besar apabila saya terpaksa bersaing dengan Bunyamin Umar, Azidan Sarudin dan Safiq Rahim di posisi tengah.

"Saya juga perlu lebih bekerja keras supaya terus terpilih menyarung jersi kebangsaan dan skuad Olimpik," kata Gurusamy ketika ditemui selepas seri 0-0 menentang kelab Liga Perdana, NS Betaria FC di Stadium UiTM, Shah Alam, petang semalam.

Namun, hasrat Gurusamy bergandingan dengan abangnya, K Depan Sakwati, tidak kesampaian kerana Depan, 24, berpindah ke Sarawak, musim ini.

Gurusamy yang baru seminggu menyertai latihan di bawah kendalian jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim kerana baru pulang daripada aksi persahabatan bersama skuad Olimpik negara di Australia, minggu lalu berkata, dia tiada masalah membentuk keserasian.

"Saya baru turun dalam dua perlawanan, bertemu UiTM (Selasa lalu) dan NS Betaria FC (semalam). Tapi itu bukan masalah kerana sudah mengenali ramai pemain dalam skuad ini terutama apabila bersama dalam kem skuad kebangsaan," katanya yang bakal menyarung jersi No 13.

Tweet
Share
Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required