SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2011
    • Prestasi 2011
    • Statistik 2011
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Tiket Selangor, Kedah dijual awal

Rabu, 03 Mac 2010 14:19 Kosmo!

PERHITUNGAN dua musuh tradisi, Selangor dan Kedah pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, Sabtu ini memaksa Persatuan Bola Sepak Selangor (FA) untuk menjual tiket lebih awal.

Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, tiket-tiket bagi menyaksikan perlawanan tersebut akan dijual bermula pukul 10 pagi di kaunter pintu utama stadium pada hari berkenaan.

"Kita menjangkakan jumlah penonton yang ramai daripada kedua-dua pasukan.

"Jadi bagi mengelakkan kesesakan, FAS akan buka kaunter seawal pukul 10 pagi sehinggalah perlawanan bermula.

"Tiada perubahan pada harga tiket iaitu RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah," kata Hamidin semalam.

Selangor selaku juara bertahan kini gah mendahului carta Liga Super dengan 19 mata selepas lapan perlawanan manakala Terengganu yang beraksi kurang satu perlawanan menduduki tangga kedua dengan 14 mata.

Kedah yang menduduki tangga ketiga pula berkongsi 13 mata bersama-sama Johor FC dan Pahang selepas mereka mengharungi tujuh perlawanan.

Tweet
Share
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required