KELAB Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) akan menganjurkan rombongan bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Selangor dengan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Sabtu ini.
Presiden SSFC, Nasir Yunus berkata, mereka yang berminat perlu berkumpul di tempat letak kereta di pintu utama Stadium Shah Alam pada pukul 3.30 petang hari berkenaan.
"Bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM30 setiap seorang termasuk tambang bas dan tiket perlawanan. Jadi kita jemput para penyokong Selangor untuk sama-sama menyertai rombongan ini.
"Hubungi saya di talian 012-3209207, Azhari Musa 017-3177505, Shahiran 019-3406841 atau Hairy 012-3687576 untuk tempahan tempat sebelum pukul 5 petang Jumaat ini," kata Nasir kepada Kosmo! semalam.
Jelas Nasir, SSFC akan turut mengadakan rombongan untuk perlawanan-perlawanan di tempat lawan sepanjang musim ini dan maklumat mengenainya akan dihebahkan dari semasa ke semasa.