SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
    • 2012
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2012
    • Prestasi 2012
    • Statistik 2012
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Singapura robek Selangor

Ahad, 17 Oktober 2010 12:39 Utusan Malaysia

Sehari selepas tersingkir pada suku akhir Piala Malaysia, peminat Merah Kuning dikecewakan pula dengan kekalahan besar 0-6 skuad Pilihan Selangor kepada Pilihan Singapura dalam perlawanan Piala Sultan Selangor Edisi ke-9 di Stadium Shah Alam, semalam.

Kekalahan tersebut menambah luka Selangor yang turut kalah dalam edisi kelapan kejohanan di Stadium Jalan Besar, Singapura tahun lalu. Malah, ia mengecewakan lagi peminat mereka selepas menyaksikan pasukan itu tersungkur 3-0 kepada Kelantan pada saingan suku akhir kedua Piala Malaysia kelmarin.

Kehadiran hampir 60,000 yang berbaju serba Merah dan Kuning, masih gagal membantu tuan rumah mencari kemenangan berharga dalam perlawanan nostalgia yang mengimbas permusuhan kedua-dua pasukan ketika Singapura masih beraksi dalam liga Malaysia.

Dalam perlawanan semalam, skuad bimbingan K. Devan itu dikejutkan dengan gol pembukaan Singapura seawal minit pertama menerusi jaringan kapten Singapura, Alexsandra Duric, sebelum Mendy Frederic menyumbat dua gol dalam tempoh 10 minit terakhir pada separuh masa pertama.

Selepas ketinggalan 0-3 pada babak pertama, pergerakan Selangor serba tidak kena. Juara Liga Super itu terus terus ketinggalan seminit selepas separuh masa kedua disambung, Ivan Jerkovic melebarkan kedudukan 3-0.

Shahdan Sulaiman merobek gawang Selangor menerusi jaringan keempat Singapura pada minit ke-77, sebelum Duric melengkapkan derita tuan rumah dengan gol kelima, seminit sebelum tamat perlawanan.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang turut berangkat menyaksikan perlawanan menyampaikan hadiah RM50,000 serta piala kepada pemain Singapura, manakala Selangor pula menerima RM10,000.

Dalam perlawanan terdahulu yang menampilkan bekas bintang 1970an dan 80an, veteran Selangor menewaskan veteran Singapura 1-0.

Tweet
Share
Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required