SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
    • 2012
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2012
    • Prestasi 2012
    • Statistik 2012
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Selangor tersingkir angkara pengadil?

Isnin, 05 April 2010 11:04 Wan Fakhrul Bakar (Kosmo!)
Pengadil Ibrahim Muhammad dari Melaka bersama kapten kedua-dua pasukan sebelum perlawanan

NAMA Ibrahim Muhammad dan Kamil Tumin pasti akan dikenang para pemain, pegawai dan penyokong skuad bolasepak Selangor.

Ini kerana, kegagalan pengadil dan penjaga garisan dari Melaka itu untuk mengesan pemain pertahanan Negeri Sembilan, Shukor Adan menampan bola menggunakan tangan dalam kotak penalti telah menyebabkan Selangor gagal ke final Piala FA.

Biarpun menang 1-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi itu malam kelmarin, Selangor terpaksa akur menyaksikan lawan mereka, Negeri Sembilan mara ke pentas final.

Terikat dengan agregat 2-2 selepas Negeri Sembilan menang 2-1 di Stadium Shah Alam, Selasa lalu, skuad Hoben Jang Hoben itu lebih berhak mara ke final berdasarkan kelebihan jaringan di tempat lawan.

"Nak komen apa lagi, keputusan perlawanan tetap tidak akan berubah.

"Biarlah semua pihak menilainya sendiri. Seluruh negara dapat menyaksikannya di kaca televisyen, begitu juga 40,000 penonton di stadium.

"Sedangkan saya yang berada di bangku simpanan pun boleh nampak bola terkena tangan Shukor, kenapa pengadil dan penjaga garisan yang lebih hampir tidak dapat melihatnya," kata pengurus merangkap jurulatih Selangor, K. Devan ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Enggan mengulas lanjut tentang mutu pengadilan, Devan segera menuntut para pemainnya mengalihkan tumpuan untuk menyaksikan Piala AFC 2010 menentang kelab Maldives, Victory SC di Stadium Shah Alam malam esok.

"Saya berharap moral para pemain dapat pulih dengan segera untuk perlawanan ini.

"Kita akan turun tanpa lima pemain utama. Khairul Anuar Baharom, Nasriq Baharom, Amirulhadi Zainal dan Amri Yahyah yang digantung akibat kad merah manakala Hamsani Ahmad masih cedera.

"Jadi ini satu lagi tugas berat buat Selangor tetapi saya akan merangka satu strategi baru dengan pemain yang ada. Diharap mereka yang diturunkan nanti dapat menampilkan aksi terbaik," ujar Devan.

Selangor kini di tangga tercorot Kumpulan F dengan hanya satu mata setelah seri 0-0 dengan Binh Duong di Shah Alam, tewas 1-6 kepada Sriwijaya FC di Palembang dan tewas 1-2 kepada Victory SC di Male.

Tweet
Share
Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required