SELANGORFC.COM

Tools
A+ R A- wide normal
Register Login
  • Skip to content
  • Utama
  • Berita
    • 2010
    • 2011
  • Perlawanan
  • Pemain
    • Senior 2012
    • Kebangsaan
    • Import
  • Statistik
    • Kedudukan 2011
    • Prestasi 2011
    • Statistik 2011
  • Sejarah
    • Liga
    • Piala Malaysia
  • Stadium
  • Rencana
    • Editorial
    • Temubual
  • Forum
  • Shop
  • ENGLISH
    • News Archive 2011
    • On Target Mokhtar

Selangor masih hebat tanpa tonggak

Isnin, 24 Mei 2010 11:51 Wan Fakhrul Bakar (Kosmo!)
Aksi pemain Selangor, Amri Yahyah dan pemain KL PLus Reeshafiq Alwi yang berkesudahan Selangor menang 2-1

SELANGOR lulus ujian pertama meskipun turun tanpa tiga tonggak utama ketika menewaskan KL Plus 2-1 di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, Selangor buat pertama kali turun tanpa jurulatih, K.Devan serta tiga tonggak utama yang sedang melalui hukuman penggantungan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Individu yang paling lega pastinya penolong jurulatih Selangor, P. Maniam yang mengambil alih tugas tatkala Devan hanya memberi arahan dari tempat duduk penonton.

Menurut Maniam, situasi itu bukan sesuatu yang sukar kerana mereka tetap masih boleh berhubung dengan Devan menggunakan walkie-talkie dan telefon bimbit sepanjang perlawanan.

"Saya cuma menyusun pergerakan pemain ketika mereka di atas padang dan segala arahan serta percaturan taktikal masih diarahkan oleh Devan," katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Ditanya kesan ketiadaan tiga tonggak utama, Safee Sali, Hardi Jaafar dan Razman Roslan, Maniam berkata, pada mulanya ia begitu dirasai tetapi masih boleh ditampung dengan pemain lain.

"Tempat Safee diisi Liew Kit Kong, tempat Hardi diisi Bunyamin Umar manakala tempat Razman diisi D. Surendran.

"Memang pada awal permainan kita tampak kurang menjadi tetapi selepas 20 minit, kami menemui rentak. Pada babak kedua, semua pemain dilihat berusaha keras dan akhirnya kami mendapat dua gol.

"Cuma gol yang kami bolos itu berpunca daripada kelekaan pemain tetapi kami tetap puas hati dengan tiga mata penuh yang dikutip ini," jelas Maniam.

Pada perlawanan kelmarin, Selangor mendahului 2-0 menerusi jaringan Amirulhadi Zainal pada minit ke-54 dan Kit Kong (80) sebelum pemain gantian KL Plus, Nazrin Nawi merapatkan kedudukan enam minit sebelum permainan tamat.

Ditanya tentang aksi seterusnya bertemu Pahang di Kuantan malam esok, Maniam berkata: "Kita akan pergi ke sana dengan satu sasaran saja iaitu untuk mencuri tiga mata penuh."

Meskipun masih ada sembilan perlawanan lagi untuk diharungi, Selangor masih gah di tangga teratas Liga Super dengan 44 mata, enam mata meninggalkan Kelantan di tangga kedua.

Tweet
Share
SELANGORFC.COM © 2002-2011 | Dibangunkan oleh Red Yellow Tree



  • Forgot your password?
  • Forgot your username?
  • Create an account
*
*
*
*
*

* Field is required